Travian: Legends – Versi 4.6

Penantian anda sudah berakhir! Selepas setahun bekerja keras, kami sudah bersedia untuk membawakan kepada anda suatu pencapaian yang epik: Travian: Legends Versi 4.6.

Berita gempak, kan? Sekarang, anda mesti tertanya-tanya tentang apakah ia dan bila ia akan datang. Mari kita bermula dengan bila. Versi yang baru ini akan aktif di semua dunia permainan baru mulai 15 Mac 2021! Perubahan ini akan memberikan impak yang positif terhadap cara komuniti kita berinteraksi dengan permainan ini. Bertemu rakan baru kini lebih mudah dan secara keseluruhannya akan menjadikan pengalaman Travian: Legends lebih menyeronokkan!

separator.png

TEKNOLOGI BARU

Selepas mengujinya di PTR dan di pelayan 7 hari, kami sudah bersedia untuk menggunakan teknologi bahagian belakang baru yang akan membenarkan pasukan pembangunan kami untuk menjadi lebih fleksibel berkenaan dengan ciri-ciri, penskalaan, dan menguruskan dunia permainan. Hasilnya, permainan ini akan menjadi lebih stabil.

separator.png

WILAYAH & PUAK

Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada domain tempatan. Selepas beberapa tahun mengujinya, kami telah membuat keputusan untuk bertukar kepada pendekatan mengikut wilayah. Dari 15 Mac, pelayan akan disusun semula mengikut 5 wilayah: Amerika, Asia, Arab, dan Eropah – dan akan dirujuk sebagai Fantastic 4 – dengan 3 puak dan Antarabangsa dengan 5 puak.

01_regions.png

Disebabkan kami tahu ada antara anda yang berat hati untuk berpisah dengan domain tempatan, kami telah membuat keputusan untuk menjalankan pusingan tambahan 1x pelayan bagi setiap domain tempatan, bermula dari 15 Februari. Anda boleh mendapatkan setiap tarikh mula di Kalendar Komuniti.

Untuk menyokong perubahan ini, kami juga akan mengemas kini halaman pendaftaran dan log masuk, supaya anda akan mendapat gambaran keseluruhan yang lebih baik dan boleh memilih wilayah kegemaran anda untuk bermain.

 

separator.png

SAIZ PETA

Dengan Versi 4.6, semua dunia permainan – termasuk antarabangsa – akan memaparkan peta kecil kami (saiz: 401 medan x 401 medan). Jangan panik. Kami sedar salah satu kerisauan anda dengan peta yang kecil adalah ketiadaan kawasan tanaman yang baik. Jangan risau, kami sudah fikirkannya! Kami telah menyediakan kawasan tanaman 15 dan 9 untuk anda meneroka dengan selesa. Dan, hmm, untuk ditakluki nanti.

02_map.png

separator.png

BAHASA ANTARA MUKA

Mulai 15 Mac, antara muka permainan bagi setiap dunia permainan yang baru akan disediakan di dalam bahasa pilihan anda! Anda tidak perlu lagi menggunakan Google Translate untuk membaca keterangan bangunan atau apa-apa sahaja pada antara muka pengguna.

03_language.png

Dan anda juga boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan dalam bahasa pilihan anda di dalam mana-mana dunia permainan wilayah yang baru.

separator.png

PUSINGAN PELAYAN

 

Tujuan kami untuk mengubah kepada tetapan wilayah adalah untuk menyelesaikan beberapa isu yang telah ditimbulkan di dalam komuniti beberapa tahun kebelakangan ini, seperti populasi dunia permainan am dan kekerapan bermulanya dunia permainan.

Perubahan ini akan menyelesaikan kedua-dua isu ini secara serentak. Tetapi sebagai bonus, kami juga dapat menawarkan lebih banyak pilihan kelajuan dunia permainan.

Sebagai standard, setiap wilayah akan mempunyai dunia permainan dengan kelajuan yang berikut: 1x, 3x, 5x, 10x.

Pusingan pelayan pula seperti berikut:

⦁ 1x Amerika, Arab, Asia (pusingan 5 minggu)

⦁ 1x Antarabangsa, Eropah (pusingan 4 minggu)

⦁ 5x – 10x Amerika, Arab Asia, Eropah, Antarabangsa (pusingan 32 minggu, Satu setiap bulan – sama ada 5x atau 10x)

⦁ 3x Amerika, Arab, Asia (pusingan 15/16 minggu)

⦁ 3x Antarabangsa, Eropah (pusingan 8 minggu)

*Putaran pelayan bukanlah jadual yang ketat atau tetap. Kami mungkin meningkatkan frekuensi pelayan dalam fungsi keperluan komuniti atau melambatkan pelayan untuk memberi ruang kepada pelayan khas seperti Kejohanan atau Tahunan Khas.

Untuk makluman lanjut, apakah maksud pusingan 5 minggu?

04_calendar.png

Bayangkan kalendar anda yang tergantung di dapur anda. Pada minggu pertama, anda akan lihat permulaan pelayan Amerika 1x; pada minggu kedua, Asia 1x, dan seterusnya. Pada minggu pertama bulan seterusnya – iaitu minggu ke-5 – tiada apa-apa permulaan bagi wilayah “Fantastic 4”. Kemudian di minggu ke-6, pusingan “Fantastic 4” akan bermula semula. Faham?

Jika anda baca dengan teliti, anda akan perasan bahawa wilayah Antarabangsa 3x akan berjalan dalam pusingan 8 minggu, dan bukannya pusingan 16 minggu seperti biasa. Ini bermaksud akan ada dua dunia permainan 3x kelajuan di wilayah antarabangsa yang sedang berjalan secara serentak.

Itu adalah mekanisma pusingan secara ringkasnya. Anda mungkin keliru pada permulaannya tetapi sebaik sahaja tarikh permulaan dunia permainan telah ditetapkan, kami akan memaparkannya pada Kalendar Komuniti dan semuanya akan lebih jelas.

 

separator.png

Hari Keamanan

Kami tahu hari keamanan adalah topik yang sensitif dan tentunya perubahan pendekatan wilayah ini akan mempunyai kesan secara langsung. Walaupun kami menghargai kepentingan sambutan dan cuti tempatan, kami juga perlu mengelakkan perdamaian sekali sebulan. Sebab itulah kami ingin menetapkan mulai sekarang dan memaklumkan terus kepada anda hari keamanan yang akan berlaku di setiap wilayah. Di bawah ini anda boleh melihat jadual penerangan yang mudah.

05_truces.png

Kini tiba masanya untuk bercakap mengenai perubahan permainan yang akan dilaksanakan HANYA di dunia permainan wilayah yang baru ini. Ini adalah saat yang anda nanti-nantikan, kami tahu.

separator.png

SISTEM TUGASAN YANG BARU

Selepas beberapa ujian dan pembaikan, masanya telah tiba untuk melancarkan secara rasminya sistem tugasan yang baru ini secara global.

06_tasksystem.png

Sekiranya anda tidak biasa lagi dengannya, sistem tugasan baru ini mengandungi banyak tugasan yang berbeza yang boleh dilengkapkan sepanjang permainan ini, bukan hanya pada permulaan permainan seperti sekarang. Setiap kampung mempunyai tugasan yang khusus yang perlu diselesaikan, serta tugasan am bagi seluruh akaun tersebut. Setiap tugasan mempunyai berbilang tahap yang boleh dicapai.

Contohnya, seorang pemain mungkin perlu membina satu Bangunan Utama tahap 1, kemudian menaik taraf bangunan tersebut ke tahap 3 dan kemudian tahap 7, dan seterusnya.

Ganjaran juga telah dipermudahkan berbanding sistem tugasan yang lama. Ganjaran bagi tugasan yang telah selesai adalah sejumlah sumber yang tertentu sahaja (jumlah yang sama bagi setiap jenis sumber) dan pengalaman wira. Saiz ganjaran ini bergantung pada beberapa faktor sahaja:

⦁ Setiap jenis tugasan mempunyai pengganda ganjaran mereka yang tersendiri

⦁ Tugasan seterusnya bagi jenis tugasan yang sama akan memberikan ganjaran yang lebih besar

⦁ Tahap wira akan memberikan bonus tambahan kepada semua ganjaran

Maklum balas yang kami kumpul daripada dunia permainan ujian dan acara istimewa tahun baru membawa kepada kami melaksanakan beberapa perubahan yang besar kepada sistem ini, iaitu membuang kuasa besar orang Mesir di awal permainan, mengurangkan apa yang kami panggil “strategi yang memfokus kepada Dewan Perbandaran”, dan menggalakkan pendekatan yang berorientasikan pengeluaran yang lebih sihat.

Berkenaan dengan tugasan, anda akan melihat perubahan yang berikut:

Tugasan Tahap lama Tahap baru
Semua pemotong kayu Tahap 2 (4, 7, 10) Tahap 2, 3, 5, 8, 10
Semua kuari tanah liat Tahap 2 (4, 7, 10) Tahap 2, 3, 5, 8, 10
Semua ladang Tahap 2 (4, 7, 10) Tahap 2, 3, 5, 8, 10
Semua lombong bijih besi Tahap 2 (4, 7, 10) Tahap 2, 3, 5, 8, 10
Dewan Perbandaran Tahap 1, 3, 7, 12, 20 Tahap 1, 10, 20

Kos peneroka Mesir telah berubah seperti berikut:

Nilai Nilai lama Nilai baru
Kayu 4,560 5,040
Tanah liat 5,890 6,510
Besi 4,370 4,830
Tanaman 4,180 4,620

Adakah perubahan ini masih terlalu kecil? Sekarang, untuk melatih peneroka, orang Mesir juga memerlukan Gudang tambahan berbanding sebelum ini. Ini secara idealnya akan menjadikan semua puak sama rata di awal permainan dalam mencari penanam yang baik.

Maklumat tambahan mengenai sistem tugasan yang baru ini boleh didapati di sini.

Ini belum 100% muktamad. Kami akan menambah dan mengubah lebih banyak tugasan pada masa akan datang. Kami sudahpun mengumpulkan beberapa idea yang baik daripada tinjauan yang terakhir dan kami ingin menganalisis lebih banyak data, sebaik sahaja beberapa dunia permainan bermula dengan sistem tugasan yang baru ini. Perubahan ini tidak akan berlaku di dalam bulan Mac, tetapi beberapa bulan lagi.

separator.png

PERUBAHAN OASIS DI AWAL PERMAINAN

Permulaan permainan adalah fasa yang penting; ianya akan menetapkan asas kepada masa depan empayar anda. Tahun demi tahun, kami telah melihat peningkatan dalam teknik yang tidak berapa adil untuk menggalakkan permulaan – mari kita panggil mereka – rakan.

07_oasis.png

Dengan bantuan dan kerja keras kumpulan Duta, kami percaya kami telah menemui penyelesaian yang baik yang tidak akan mempengaruhi jalan permainan yang biasa tetapi akan menghentikan sesetengah kelakuan yang dianggap tidak adil oleh majoriti komuniti kita.

Mari kita menganalisis situasi semasa berkenaan dengan oasis:

⦁ Oasis mempunyai sumber pada permulaan dunia permainan.

⦁ Oasis mempunyai set askar haiwan mereka sendiri.

Apa yang akan kami ubah?

⦁ Oasis kini tidak mempunyai apa-apa sumber.

⦁ Bila-bila askar haiwan terbunuh, ganjaran rampasan yang tertentu akan ditambahkan pada inventori wira bergantung pada bekalan askar haiwan tersebut.

⦁ Ganjaran tambahan ini akan ditunjukkan dengan jelas di dalam laporan serbu/serangan.

⦁ Pengeluaran sumber oasis akan bermula sebaik sahaja semua haiwan yang berada di oasis tersebut dikeluarkan – sama ada melalui pertempuran atau tangkapan.

⦁ Catatan: Wira tidak perlu terlibat di dalam pertempuran tersebut. Ganjaran tersebut akan diberikan walaupun sekiranya semua penyerang – termasuk wira – terbunuh.

separator.png

 

MENYUSUN SEMULA BANGUNAN

Ya, ya, ya! Kami tahu anda suka menakluk kampung pemain lain, tetapi kami juga sedar bahawa kadang-kala anda juga benar-benar tidak menyukai susunan bangunan mereka. Jadi, mari kita ubah susunannya! Untuk 20 Emas anda akan dapat menyusun semula semua bangunan satu kali mengikut kedudukan yang anda suka. Ambil masa anda dan letakkannya di mana anda suka. Emas akan dikenakan bayaran apabila anda menyimpan susun atur kampung yang baru itu.

08_rearrange.gif

separator.png

PERUBAHAN MOD BERCUTI

Ini adalah satu lagi topik yang menimbulkan kontroversi yang dibincangkan dengan mendalam dengan kumpulan Duta. Walaupun kami tahu mod bercuti sangat diperlukan, kami juga sedar bahawa ianya boleh disalahgunakan dengan mudah untuk mencegah orang lain daripada bermain secara normal. Dengan bantuan komuniti, Duta, dan pasukan pembangun, kami telah membuat keputusan untuk menambah had tambahan selain daripada yang sudah ada.

09_vacation.png

Had yang berikut akan dilaksanakan dalam Versi 4.6:

⦁ Tempoh bertenang selama 12 jam akan ditambah pada tindakan “batalkan”, sebaik sahaja mod bercuti bermula.

⦁ Tempoh bertenang selama 12 jam juga akan ditambahkan kepada tindakan “mula bercuti”, sebaik sahaja percutian tamat (secara berkala atau selepas dibatalkan).

⦁ Jumlah hari bercuti dikurangkan kepada 15 hari, dibahagikan dengan kelajuan pelayan.

⦁ Memasuki halaman sumbangan perikatan semasa mod bercuti akan membawa pemain ke halaman “batalkan mod bercuti” (sama seperti mana-mana tindakan lain yang disekat juga).

⦁ Menjajah oasis dalam masa 48 jam, pemain akan disekat daripada memasuki mod bercuti. Pemain tersebut boleh memasuki mod bercuti sebaik sahaja tempoh oasis dijajah melebihi 48 jam atau hilang sekali lagi.

Dunia permainan pada Versi 4.5 yang telah bermula sebelum 15 Mac tidak akan dipengaruhi oleh perubahan ini.

separator.png

BANGUNAN BARU: HOSPITAL

10_hospital.png

 

Prasyarat: Akademi tahap 15, Bangunan Utama tahap 10.

Hospital akan membenarkan anda merawat askar yang tercedera supaya mereka boleh menjadi sebahagian daripada askar anda semula. Ini akan mempercepatkan anda untuk pulih daripada kerugian selepas pertempuran besar. Untuk pulih tidaklah murah; kosnya sama dengan melatih unit yang baru. Walau bagaimanapun, masa untuk memulihkan askar yang tercedera adalah separuh daripada masa untuk melatih unit yang baru.

Apakah askar yang “tercedera”?

⦁ Apabila unit daripada kampung yang mempunyai Hospital menyertai sesuatu pertempuran, 40% daripada kerugian mereka kembali ke kampung sebagai askar yang cedera.

⦁ Ini berlaku dalam semua pertempuran – sama ada mereka penyerang, pertahanan, atau pembantu dalam pertempuran yang lain.

⦁ Menggunakan pembalut (item wira) tidak akan mengubahnya. Sebagai contoh, sekiranya askar mengalami 100 kerugian dan wira telah menggunakan 33 pembalut, 33 unit akan dipulihkan sementara 40 lagi akan cedera.

⦁ Jentera pemusnah, peneroka, dan pentadbir tidak boleh dicederakan. Wira juga tidak akan dipengaruhi dengan Hospital.

⦁ Askar yang terbunuh semasa melarikan diri daripada perangkap juga tidak boleh dicederakan.

⦁ Hanya unit daripada kampung yang mempunyai Hospital semasa pertempuran boleh tercedera. Jika tidak, mereka mati seperti biasa.

⦁ Unit yang tercedera tidak boleh berlawan, tetapi mereka juga tidak akan memakan tanaman.

Bagaimanakah caranya anda boleh menyembuhkan askar yang tercedera?

Hospital mempunyai giliran penyembuhan yang berfungsi sama seperti giliran latihan di dalam Berek atau Kandang Kuda. Kos untuk memulihkan unit sama seperti melatih unit baru yang sama jenis. Masa pemulihan bergantung pada tahap Hospital dan ianya dua kali ganda lebih cepat daripada latihan. Sebagai contoh, Hospital dengan tahap 5 akan memulihkan unit dalam separuh masa berbanding Berek/Kandang Kuda pada tahap 5 akan melatih unit baru.

Walau bagaimanapun, Hospital tidak akan terjejas oleh apa-apa bonus terhadap masa latihan (seperti peralatan wira, artifak, atau bonus perikatan). Kedua-dua infantri dan tentera berkuda akan dipulihkan dalam giliran yang sama.

Apakah yang terjadi sekiranya anda tidak memulihkan askar yang cedera?

10% daripada mereka akan mati setiap hari. Sebaik sahaja anda memasukkan mana-mana unit kepada giliran pemulihan, mereka tidak akan mati lagi.

Tempoh pemulihan: contoh

⦁ Berek pada tahap 20 akan melatih Penjaga Abu dalam masa 80 saat.

⦁ Hospital pada tahap 20 akan memulihkan Penjaga Abu yang cedera dalam separuh masa tersebut, iaitu 40 saat.

separator.png

APAKAH YANG BARU DI KEDAI EMAS

 

Anda mungkin sudah perasan, baru-baru ini kami ada mengemas kini Kedai Emas. Dengan pelancaran dunia permainan mengikut wilayah, promosi akan diumumkan dengan suatu tanda berdekatan syiling emas. Selain itu, satu pakej permulaan dengan Emas akan ditawarkan kepada anda tidak lama selepas anda menyertai permainan ini.

11_shopwarning.png

Satu lagi perubahan yang penting adalah kami akan menyamakan harga pakej Emas. Sesetengah daripada anda tidak akan perasan perbezaannya, tetapi sesetengah yang lain akan melihat pengurangan harga keseluruhan.

goldprice_new.png

separator.png

PAUTAN PEMINDAHAN EMAS

Menyamakan harga pada semua dunia permainan akan membenarkan kami untuk memberikan anda lebih fleksibiliti berkenaan pemindahan Emas anda di antara wilayah. Tidak perlu lagi mengarau untuk mengetahui sama ada pautan pemindahan Emas anda adalah tersedia bagi pelayan tertentu. Tiada lagi kekeliruan. Semua pautan pemindahan Emas boleh ditebus di setiap wilayah!

12_goldtransfer.png

Sasaran kami untuk jangka masa panjang adalah untuk memudahkan penebusan pautan pemindahan Emas, mungkin juga apa-apa keperluan emel pun tidak diperlukan lagi.

separator.png

EMAS PERMULAAN

Di dalam Versi 4.6, Emas permulaan akan meningkat dengan ketara. Buat masa ini – dengan sistem tugasan yang baru – anda mendapat 10 Emas di permulaan dunia permainan. Dengan pelancaran versi baru ini dan penetapan mengikut wilayah, ini akan dinaikkan kepada 130 Emas. Ya, ini bukan tersalah taip. Anda baca dengan betul!

13_startinggold.png

separator.png

KELAS EMAS

Harga Kelab Emas akan berubah daripada 100 Emas kepada 200 Emas. Dan tidak, kami tidak menaikkan emas permulaan supaya anda dapat membayar kos tambahan Kelab Emas. Tiada kaitan. Perubahan ini dikenakan terhadap semua dunia permainan, tanpa mengira kelajuan atau umur. Ini bermaksud walaupun pada dunia permainan yang laju atau dunia permainan yang sudah dalam pertengahan permainan, kos pembelian Kelab Emas adalah sama.

goldclub.png

separator.png

PERUBAHAN GLOBAL

Kami tidak lupa cara untuk menjalankan dunia permainan! Satu perubahan yang khusus akan dilaksanakan secara global. Hasil daripada maklum balas anda yang terperinci, kumpulan seni kami dapat menyelesaikan dua isu utama yang anda utarakan mengenai rupa bangunan kita.

Kumpulan seni kami telah bermain dengan letau warna untuk menambah perbezaan antara dinding dan bumbung, serta mereka bentuk semula sesetengah bentuk dan perincian supaya bangunan kita boleh mudah dibezakan.

Tidak lama lagi, grafik yang baru ini akan digunakan di dalam permainan, kedua-dua dalam dunia permainan yang baru bermula dengan Versi 4.6, serta dunia permainan yang sedang berlangsung dalam Versi 4.5.

14_artchanges.png

📊 117,158 views
+1
188
+1
90
+1
90