Travian: Shores of War ~ Ciri-ciri

🧭 Ciri-ciri Am 🧭
Peta 🆕
Eropah Purba dengan 87 wilayah untuk ditakluki. Perjalanan merentasi penghujung peta tidak dibenarkan lagi. 
Mata Kejayaan
Mata kejayaan akan dikumpulkan oleh perikatan yang menguasai wilayah tersebut.

Untuk menguasai sebuah wilayah, suatu perikatan perlu mempunyai >50% kawalan wilayah, dan masa menunggu “jaminan” (24 jam) telah tamat.

Mata kejayaan perikatan adalah jumlah semua mata yang dipegang di semua kampung perikatan tersebut. Mata kejayaan perikatan boleh hilang, dicuri atau dimusnahkan.

Tiada mata kejayaan untuk pemain yang tidak aktif 🆕
Pemain yang ditandakan dengan titik berwarna merah dan kelabu di dalam senarai perikatan (iaitu tidak aktif melebihi 72 jam) tidak akan menerima mata kejayaan bagi kampung mereka. Mata kejayaan bagi kawalan wilayah akan dibahagikan di kalangan kampung pemain-pemain yang lain di dalam wilayah tersebut. Walau bagaimanapun, populasi mereka masih akan dikira untuk kawalan wilayah.
Puak-puak
Travian: Shores of war memaparkan 6 puak:

  • Orang Mesir
  • Orang Hun
  • Teuton
  • Gaul
  • Rom
  • Spartan
Keajaiban Dunia dan Penghujung Dunia Permainan
Tiada Keajaiban Dunia dalam jenis senario seperti ini. Dunia permainan ini akan tamat pada masa yang tertentu selepas 180 hari bagi kelajuan 1x, 120 hari bagi kelajuan 2x dan 80 hari bagi kelajuan 3x.
Tentera bergabung
Ya – tanpa had dengan sumber – Penggunaan Emas terhad kepada 50 Emas setiap hari bagi setiap kampung. Maklumat lanjut didapati di sini.
Menghantar askar 🆕
Ya. Butiran mengenai cara mengerahkan askar boleh didapati di sini.

Apabila anda menghantar askar daripada kampung pelabuhan yang mempunyai kapal, anda boleh menugaskan kapal anda kepada askar bantuan yang terpilih untuk membolehkannya bergerak lebih pantas. Tidak kiralah sama ada askar tersebut milik anda atau pemain lain ataupun sekiranya mereka berasal dari kampung pelabuhan atau kampung biasa. Selepas askar bantuan tiba di kampung sasaran, kapal-kapal tersebut akan muncul semula di pelabuhan dengan serta-merta. 

Laluan dagangan
Anda boleh membuat laluan ke kampung-kampung anda sendiri sahaja.
Kebolehlihatan serangan senarai perikatan
Senarai ahli perikatan hanya akan menunjukkan serangan dan serbuan di mana bilangan askar yang masuk adalah sama atau lebih besar daripada tahap Titik Perhimpunan. 
Tiada gabungan 🆕
Travian: Shores of War adalah peperangan akhir di antara penakluk marin di mana semua orang akan berperang untuk perikatan mereka sahaja. Perjanjian diplomatik di dalam pesisir peperangan adalah terhad oleh pakatan tanpa keganasan dan peperangan sahaja.
⚓ Pelabuhan dan Menjelajah ⚓
Pelabuhan🆕
Anda boleh membina Pelabuhan di perkampungan yang terletak di pesisiran pantai bersebelahan dengan “laut dalam.” Pelabuhan akan membolehkan anda menghantar keluar kapal dagang dan kapal perang dengan kelajuan yang lebih tinggi apabila belayar merentasi Laut dalam.
Menjelajah 🆕
  • Kelajuan pergerakan darat dan laut dalam dikira secara berasingan.
  • Pergerakan darat tidak berubah, dan semasa di darat, semua bonus pergerakan (item wira, bonus puak, dan artifak) masih terpakai.
  • Pergerakan laut dalam adalah statik 30 padang / jam  bagi dunia permainan dengan kelajuan x1 (60 bagi kelajuan x2-x5 dan 120 bagi kelajuan x10) dan tidak dapat dipertingkatkan.
  • Jarak perjalanan sekiranya meninggalkan pelabuhan dengan menaiki kapal akan dikira sebagai separuh padang di darat di dalam semua keadaan (bagi kapal dagang dan juga kapal perang).
  • Gelanggang Latihan hanya mempengaruhi pergerakan darat. Bermakna, tentera perlu mengembara 20 padang di darat sebelum Gelanggang Latihan mula berfungsi.
Maklumat lanjut… Maklumat lebih terperinci mengenai Pelabuhan dan Menjelajah boleh didapati di sini:

🌊 Kapal 🌊
Kapal dagang 🆕
Kapal dagang memberikan kapasiti perdagangan tambahan kepada perkampungan pelabuhan anda. Mereka tidak memerlukan saudagar untuk memindahkan sumber dan tidak terhad kepada 20 unit askar sahaja.

Kapal dagang bergerak pada kelajuan 20 padang sejam di dunia permainan dengan kelajuan 1x bagi semua puak di laut dalam. Apabila bergerak di atas darat, mereka akan menggunakan kelajuan biasa puak yang memiliki perkampungan pelabuhan.

Kapal perang dan kapal perang Umpan🆕
Kapal perang dan kapal perang Umpan digunakan untuk menghantar tentera (serangan, serbuan, peneroka, dan bantuan) dengan lebih laju – 30 padang sejam di dunia permainan dengan kelajuan x1 – apabila mereka bergerak di “laut dalam”. Kapal perang umpan adalah sama dengan kapal perang tetapi boleh membawa sehingga 60 unit askar sahaja.
Maklumat lanjut… Maklumat lanjut mengenai kapal boleh didapati di sini: The ships
🏛️ Bandar 🏛️
Bandar-bandar
Kampung boleh dinaik taraf menjadi bandar dengan Dewan Perbandaran tahap 20.

  • Bandar memerlukan 2 slot penempatan (CP).
  • Bandar tersebut mendapat 3 slot bangunan tambahan.
  • Medan sumber boleh dinaik taraf ke tahap 12 di bandar tanpa ibu kota.
  • Dinding boleh dinaik taraf dengan Menara pengawal.
Menara pengawal
Hanya tersedia di bandar.

Menara pengawal bukanlah bangunan yang berasingan, tetapi hanyalah sambungan dinding, yang boleh dinaik taraf sehingga tahap 20. Setiap tahap Menara pengawal akan menambahkan 1% bonus pertahanan, sehingga 20% pada tahap maksimum.

Kerja Air
Di Travian: Shores of War, kerja air hanya boleh dibina di bandar Mesir.
Maklumat lanjut… Maklumat lanjut mengenai Bandar boleh didapati di sini: Cities.
🏆 Kuasa Purba (Artifak) 🏆
Nama
Artifak di sini dipanggil Kuasa purba.
Kesan
Rahsia arkitek, kasut but Titan, Mata helang, Kawalan diet, Bakat pelatih, Pelan induk penyimpanan, Kekeliruan musuh.
Menakluki
Perikatan dengan >50% kawalan wilayah akan dapat mengakses kuasa purba yang boleh diaktifkan di dalam kampung yang mempunyai perbendaharaan yang cukup besar.
Pengehadan kuasa
Kuasa purba perlu diaktifkan secara manual setiap 24 jam. Kuasa purba yang sama boleh diaktifkan sekali sahaja bagi setiap ahli perikatan (kesan skop akaun) dan sekali sahaja bagi setiap kampung ahli perikatan (kesan skop kampung).

Kuasa purba boleh diaktifkan sebaik sahaja perikatan pemain mencapai >50% kawalan wilayah dan telah memegang wilayah tersebut selama 24 jam. Untuk mengaktifkan kuasa purba, seorang ahli perikatan hanya memerlukan perbendaharaan tahap 10 bagi kuasa purba dengan kesan terhadap kampung, atau perbendaharaan tahap 20 bagi kuasa purba dengan kesan terhadap akaun.

Terdapat beberapa pengehadan secara semula jadi: Bagi setiap kampung, hanya satu kuasa purba boleh diaktifkan, dan bagi setiap akaun, hanya satu kuasa purba yang memberi kesan kepada seluruh akaun boleh diaktifkan. Oleh itu, sejumlah dua kuasa purba boleh mempengaruhi satu kampung.

🔱 Menakluki 🔱
Kampung:
Apabila anda menakluki satu kampung yang dimiliki oleh akaun milik puak lain, puak bagi kampung tersebut akan kekal sama. Semua bangunan yang khusus bagi puak tersebut akan kekal, melainkan ianya dimusnahkan dalam peperangan. Puak akaun anda akan kekal sama seperti pendaftaran anda.
Natar.
Apabila menakluki sebuah kampung Natar, kampung tersebut akan dimiliki oleh puak kampung penghulu.
Mengekalkan puak yang ditakluki
Keterangan penuh ciri-ciri boleh didapati di sini: Pastikan puak di menakluk
🏠 Mengembangkan dan Menduduki 🏠
Mengembangkan
Tidak perlu lagi mengembang di bahagian tengah. Sebaliknya, terdapat empat kedudukan perkembangan pada peta, satu bagi setiap sukuan. Wilayah di sekeliling tapak perkembangan akan didedahkan dalam urutan tertentu. Setelah semua tapak telur di wilayah pertama diisikan kampung akan memulakan peneluran di wilayah seterusnya.
Menduduki kampung kedua (menukar puak) 🆕
 
Anda boleh memilih puak untuk kampung kedua bagi penerokaan pertama anda.

  • Ini hanya berfungsi untuk penempatan yang berjaya pertama daripada kampung perkembangan anda.
  • Sekiranya penerokaan tersebut gagal (disebabkan oleh peneroka lain yang lebih pantas), anda masih boleh memilih puak tersebut.
  • Sekiranya penerokaan tersebut berjaya, tetapi kemudiannya kampung yang diduduki dimusnahkan, fungsi ini tidak boleh dibolehkan semula.
Menduduki kampung lain
Apabila menakluki kampung baharu, kampung tersebut dimiliki oleh puak kampung peneroka tersebut.
Menduduki kapal🆕
Anda boleh menghantar peneroka anda menaiki kapal untuk meneroka kampung yang baharu.
Lokasi penerokaan
Anda hanya boleh meneroka di wilayah yang mempunyai wilayah di sekelilingnya yang mempunyai lebih daripada 4,000 populasi perikatan.
🆕 Lain-lain (ciri-ciri baharu sahaja) 🆕
Membatalkan penghantaran🆕
Saudagar dan penghantaran kapal dagang boleh dibatalkan dalam masa 60 yang pertama.
Pelabuhan di map.sql 🆕
Status pelabuhan bagi sebuah kampung akan ditunjukkan di Map.sql. Maklumat lanjut mengenai map.sql boleh didapati di sini.
Peta rata dan wilayah🆕
Wilayah yang berada di penghujung peta yang lain (seperti Volubilis dan Hyperborea) tidak lagi dikira sebagai “jiran”, dan populasi mereka tidak akan dikira untuk menduduki wilayah yang baharu.

Meletakkan kursor anda di atas nama wilayah di dalam “statistik” dan “profil perikatan” akan membolehkan petua alatan peta wilayah untuk memaparkan lokasi mereka.

Kami harap, jadual ini dapat membantu anda beraksi dengan cepat di dunia permainan Shores of War kami pada bulan September. Jumpa anda di medan perang!

Travian: Shores of War

📊 9,738 views
+1
20
+1
4
+1
7