Travian: Legends ~ imbasan perubahan yang berlaku selama 6 tahun!

Salam sejahtera, para pahlawan!

Tidak dinafikan ada pemain kita yang kembali ke permainan ini selepas tiga atau empat tahun tidak bermain dan bermain semula permainan yang boleh menyebabkan ketagih ini, yang akan meraikan hari jadi ke-20 tidak lama lagi! Dan kami sangat gembira melihat anda di sini.

Terutama sekali bagi pemain yang baru kembali, kami telah mengumpulkan maklumat mengenai perubahan yang paling penting dari tahun-tahun yang lalu untuk membantu anda terus beraksi!

Jadi, apakah ciri baru yang paling menarik dan mengujakan yang telah diperkenalkan di dalam permainan ini?

Perubahan am

Enam puak

Pada tahun 2017, Orang Hun dan Orang Mesir, dan pada tahun 2022, Puak Spartan telah menyertai perjuangan untuk merebut legasi Travian!

3 puak yang “asal” – puak Gaul, Romdan Teuton – masih ada dalam permainan.

Anda boleh menyegarkan semula memori anda dan mendapatkan maklumat baru mengenai puak-puak ini di dalam artikel khas ini dan di dalam panduan kami yang sebelum ini :

Puak-puak
Ketahui lebih…
Gaul
Teuton
Rom
Mesir
Spartan
Puak Hun

Wilayah-wilayah

Kebanyakan dunia permainan kini terbahagi kepada lima wilayah: Amerika, Asia, Arab, dan Eropah dengan tiga puak(Rom, Teuton, dan Gaul) dan wilayah antarabangsa dengan lima puak (Rom, Teuton, Gaul, Orang Hun, dan Orang Mesir) sebagai tetapan default. Terdapat juga beberapa dunia permainan istimewa (New Year’s Special, Annual Special, Masters of War, dll.) di mana ciri-ciri yang biasa digabungkan dengan beberapa ciri-ciri unik tambahan (contohnya Puak Spartan). Semua wilayah mempunyai semua bahasa antara muka, jadi anda boleh bermain dalam bahasa tempatan anda di mana-mana sahaja yang anda inginkan.

Dunia permainan tempatan

Jika anda tidak selesa bermain dengan tetapan antarabangsa dan lebih suka berhubungan dengan komuniti tempatan anda, ada beberapa dunia permainan tempatan yang telah dilancarkan sepanjang tahun. Apa yang menjadikannya istimewa adalah para pemain komuniti tempatan boleh mengundi ciri-ciri, kelajuan, dan puak kegemaran mereka. Di penghujung setiap dunia permainan tempatan, para pemain akan menerima pingat penyertaan yang unik.

Pusingan menjadi lebih pendek

Pada tahun 2021, terdapat satu lagi perubahan yang penting yang menjadikan permainan kita lebih dinamik: Pusingan permainan menjadi lebih pendek! Panjang maksimum bagi satu pusingan walaupun untuk kelajuan x1 biasanya tidak lebih daripada 200 hari dan tidak boleh melebihi 250 hari (berbanding dengan 350 hari sebelum ini). Maklumat lanjut mengenai garis masa semasa berdasarkan kelajuan boleh ditemui dalam pangkalan pengetahuan kami di sini .

Perubahan permainan

Ganjaran tetap bagi sepuluh pengembaraan, tugasan harian dan sistem tugasan baru yang pertama

Unsur rawak telah direndahkan untuk menjadikan permainan lebih adil. Setiap pemain akan sentiasa mendapat kuda di dalam pengembaraan yang pertama, dan semua pemain akan mempunyai putaran ganjaran harian yang sama. Anda boleh membaca maklumat lanjut mengenai perkara ini di sini:

Serbuan oasis

Salah satu perubahan yang paling penting di dalam permainan ini yang terjadi dalam masa dua tahun terakhir ini dan juga yang banyak mempengaruhi jalan permainan adalah pengenalan serbuan oasis dan pemberian ganjaran atas pembunuhan unit haiwan. Sila baca keterangan ciri-ciri serbuan oasis dan petua dan helah.

Pemisahan PvP daripada PvE

Kedudukan sepuluh penyerang teratas kini telah dipecahkan kepada dua kedudukan:

  • PvE (pemain melawan alam sekitar) mingguan: diberikan bagi pertempuran serangan melawan oasis yang tidak berpenghuni dan Natar.
  • PvP (pemain melawan pemain) mingguan: semua kategori lain

Ciri-ciri “Kekalkan puak yang ditawan” (hanya pada dunia permainan istimewa)

Ciri-ciri “kekalkan puak yang ditawan” membolehkan anda bermain dengan semua puak di dalam satu akaun dan mendapat manfaat bagi setiap puak tanpa apa-apa kerugian. Penerangan yang lebih terperinci mengenai cara ia berfungsi boleh didapati di sini: https://blog.travian.com/2023/04/keep-tribe-on-conquer-feature-tips-and-tricks/ Kekalkan puak yang ditawanPada tahun 2023, kami juga telah membolehkan anda memilih puak kampung kedua apabila anda menghantar peneroka anda. Ini ialah ciri-ciri yang berasingan tetapi berpautan yang kini hanya tersedia pada dunia permainan istimewa.

Ciri-ciri istimewa yang lain (hanya pada dunia permainan istimewa)

Permainan ini menyediakan lebih banyak kepelbagaian strategi dan taktik. Ciri-ciri khas yang paling menonjol yang kadang kala muncul di dunia permainan istimewa adalahPermulaan lanjut – kemungkinan untuk memulakan dunia permainan dengan tiga kampung yang sudah separuh berkembang.

Pelabuhan dan kapal di peta Eropah Kuno– peluang anda untuk mengikuti pengembaraan maritim di dalam persekitaran Travian: Legends yang biasa. Pada tahun 2024, Keajaiban Dunia yang pertama telah ditambahkan pada peta Eropah. Membina Keajaiban Dunia di Hibernia sambil berperang merebut artifak di Massalia? Dengan tetapan baru, segala-galanya mungkin.

Keseimbangan puak yang baru (hanya pada dunia permainan istimewa)

Pada tahun 2023, satu siri dunia permainan istimewa yang baru – dunia permainan Community Week – telah ditambahkan selain daripada versi Annual Special dan New Year’s Special . Hanya di dalam dunia permainan ini, pemain mempunyai pilihan untuk bermain dengan puak yang lebih seimbang. Puak Rom, Gaul dan Teuton menerima parameter unit yang baru, yang didasarkan pada saranan dan undian komuniti. Paladin sebagai unit bertani? Tukul Askar Legion-Caesaris? Di dunia permainan Community Week, semua ini masuk akal! Anda boleh mendapatkan gambaran keseluruhan parameter puak yang baru di sini.

Strategi membuka kampung kedua yang paling cepat dan efektif

Disebabkan perubahan sistem tugasan dan pengenalan serbuan oasis, para pemain telah menyesuaikan strategi membuka kampung kedua dengan cepat dan efektif di awal permainan.

Alatan dan bangunan baru di dalam permainan

Lima tahun terakhir ini telah membawakan kepada kita ciri-ciri dalam permainan dan juga bangunan yang menjadi sebahagian daripada permainan biasa di semua dunia permainan. Mari lihat perubahan yang paling menonjol:

Hospital

Hospital (bagi Spartan: Asclepeion) akan membenarkan anda merawat askar yang tercedera supaya mereka boleh menjadi sebahagian daripada askar anda semula. Ini akan mempercepatkan anda untuk pulih daripada kerugian selepas pertempuran besar. Baca di sini untuk mengetahui maksud di sebalik “yang cedera”: Hospital dan Asclepeion.

Pembina ombak

Satu lagi pilihan dalam permainan yang baru akan membenarkan anda untuk menghantar gelombang serangan dengan pembina ombak dalaman. Ciri-ciri ini mempunyai kos sebanyak 50 Emas bagi setiap kampung dan membolehkan anda menetapkan sehingga lapan gelombang dan menghantarnya dengan satu klik!

Giliran latihan

Tab baru “Latihan” di gambaran keseluruhan kampung akan menunjukkan panjang giliran bagi setiap bangunan, termasuk Hospital, Berek Besar, dan Kandang Kuda Besar. Tab ini berada di sebelah tab “Hospital” di dalam kategori “Askar”.

Senarai serbuan berwajah baru

Senarai serbuan telah diberikan wajah baru sepenuhnya dan kini memberikan lebih banyak maklumat mengenai serbuan anda. Purata pendapatan serbuan, jumlah serbuan sehari, boleh menyalin sasaran kepada lebih daripada satu senarai serbuan, menyahaktifkan secara automatik sasaran yang berubah pemilik dan banyak lagi. Anda boleh melihat keterangan penuhnya di sini: senarai serbuan berwajah baru.

Senarai serbuan tinggal

Jika kampung anda telah dimusnahkan, anda masih mempunyai pilihan untuk mengaktifkan semula senarai serbuan dari kampung ini pada kampung yang lain.

Senarai serbuan peninjau

Sekarang anda boleh membuat senarai serbuan peninjau yang menghantar peninjau untuk menjalankan operasi perisik.

Butang “Mulakan semua” bagi senarai serbuan

Anda boleh membuka semua senarai serbuan menggunakan hanya satu butang!

Simulator masa perjalanan dalam permainanSatu alatan yang baru telah ditambahkan pada Titik Perhimpunan. Simulator masa perjalanan yang membantu menghitung masa perjalanan di antara perkampungan tanpa perlu menggunakan alatan luaran.

Kebolehlihatan serangan senarai kampung (ciri Travian Plus)

Serangan yang ditandakan dengan titik hijau 🟢 di Titik Perhimpunan tidak akan ditunjukkan lagi sebagai pedang berwarna merah di dalam senarai kampung.

Laluan dagangan dipertingkatkan

Laluan dagangan telah menerima peningkatan penuh dan kini lebih mudah digunakan.

Sistem rujuk rakan yang baru

Ganjaran maksimum sekiranya anda menjemput pemain yang baru telah ditingkatkan dan kini berjumlah sehingga 2,000 Emas! Anda akan menerima Emas bagi kemajuan permainan oleh pemain yang anda jemput. Maklumat lanjut mengenai sistem rujuk rakan yang baru boleh didapati di sini:  sistem rujuk rakan.

Panduan ke rahsia permainan

Setiap minggu, kami akan menerbitkan panduan yang baru untuk menjelaskan ciri-ciri permainan, menyediakan maklumat tentang pembangunan permainan ini dan menjawab pelbagai soalan yang mungkin anda miliki. Lawati indeks panduan kami di mana anda boleh mendapatkan banyak maklumat mengenai sebarang topik berkaitan permainan ini!

📊 4,146 views
+1
8
+1
1
+1
5