Travian: Glory of Sparta

Travian: Glory of Spartaakan datang!

  • Apakah yang membezakan Travian: Glory of Sparta dengan dunia permainan biasa?
  • Di manakah saya boleh mencari peta Travian: Glory of Sparta?
  • Adakah semua dunia Travian: Glory of Sparta akan menampilkan 6 puak?

Anda akan mendapat jawapan kepada soalan di atas dan banyak soalan lain dalam jadual dibawah!

Umum
Peta
Eropah Kuno dengan 87 wilayah untuk ditakluki
Mata Kemenangan
Mata kemenangan dikumpul oleh persekutuan yang menguasai sesuatu wilayah.

Untuk menguasai wilayah, sebuah persekutuan perlu mempunyai kawalan wilayah> 50% dan cooldown “waktu aman” (24 jam) telah tamat.

Mata kemenangan persekutuan adalah jumlah semua mata yang ada di semua kampung dalam persekutuan. Mata kemenangan persekutuan boleh hilang, ditakluki, atau dimusnahkan.

Puak
6 puak. Puak Baru – Spartan serta Mesir, Hun, Teuton, Gaul, Rom di semua dunia permainan Travian: Glory of Sparta.
Dunia Keajaiban dan Pengakhiran Permainan
Tiada Keajaiban Dunia dalam senario jenis ini. Dunia permainan tamat pada masa tertentu selepas 180 hari untuk 1x kelajuan, 120 hari untuk 2x kelajuan dan 80 hari untuk 3x kelajuan.
Gabungkan Askar
Ya – tidak terhad dengan sumber – Penggunaan emas terhad kepada 50 Emas sehari untuk setiap kampung. Maklumat lanjut di sini.
Majukan Askar
Ya. Bagaimana untuk memajukan askar boleh anda temui di sini.
Laluan dagangan
Anda boleh membuat laluan hanya ke kampung anda sendiri.
Pengurusan serangan palsu
Serangan yang ditandakan dengan titik hijau 🟢 di Titik Perhimpunan tidak lagi akan ditunjukkan dengan tanda pedang dalam senarai serangan ke kampung.
Keterlihatan senarai serangan persekutuan
Senarai ahli persekutuan hanya akan menunjukkan serangan dan serbuan di mana bilangan asakar yang masuk adalah sama atau lebih besar daripada tahap Titik Perhimpunan.
Bonus Pejabat Dagangan
2x ganda
Bandar
Kota
Kampung boleh dinaik taraf menjadi bandar dengan Dewan Perbandaran tahap 20.

  • Bandar memerlukan 2 slot penempatan (CP).
  • Bandar mendapat 3 slot bangunan tambahan.
  • Lapangan sumber boleh dinaik taraf sehingga ke tahap 12 di bandar yang bukan ibu kota.
  • Tembok boleh dinaik taraf dengan Menara Pengawal.
Kerja Air
Dalam Travian: Glory of Sparta, Kerja air hanya boleh dibina di bandar-bandar Mesir.
Menara Pengawal
Hanya terdapat di bandar.

Menara Pengawal bukanlah bangunan yang berasingan, tetapi sambungan pada tembok, yang boleh dinaik taraf sehingga tahap 20. Setiap peringkat Menara Pengawal menambah 1% daripada bonus pertahanan, sehingga 20% pada tahap maksimum.

Kuasa Kuno (Artifak)
Nama
Di sini, Artifak dipanggil Kuasa Kuno.
Kesan
Rahsia Arkitek, But Berkuasa, Mata Helang, Kawalan Diet, Pelatih Berbakat, Penyimpan Utama, Pengeliru Musuh
Penaklukan
Persekutuan yang mempunyai kawalan wilayah> 50% mendapat akses kepada kuasa kuno yang dapat diaktifkan di sebuah kampung dengan perbendaharaan yang cukup besar.
Batasan Kuasa
Kuasa kuno perlu diaktifkan secara manual setiap 24 jam. Kuasa kuno yang sama boleh diaktifkan sekali untuk setiap ahli persekutuan (kesan skop akaun) dan sekali untuk setiap kampung ahli persekutuan (kesan skop kampung).

Kuasa purba boleh diaktifkan sebaik sahaja persekutuan pemain telah mencapai >50% kawalan wilayah dan telah memegang wilayah tersebut selama 24 jam. Untuk mengaktifkan kuasa kuno, ahli persekutuan hanya memerlukan perbendaharaan di tahap 10 untuk kuasa kuno dengan kesan kampung, atau perbendaharaan di tahap 20 untuk kuasa kuno dengan kesan akaun.

Sememangnya terdapat beberapa sekatan: Untuk setiap kampung, hanya satu kuasa kuno boleh diaktifkan, dan untuk setiap akaun hanya satu kuasa kuno skop akaun boleh diaktifkan. Oleh itu, sejumlah dua kuasa kuno boleh memberi kesan kepada satu kampung.

Penjajahan
Kampung
Apabila menjajah kampung yang tergolong dalam akaun suku lain, kampung itu kekal dengan puak itu. Bangunan khusus suku itu disimpan melainkan ia dimusnahkan semasa ditakluki. Akaun anda akan kekal sebagai puak yang anda pilih semasa pendaftaran.
Natar
Apabila menakluki kampung Natar, kampung itu akan menjadi puak kampung ketua/pentadbir yang menjajah.
Pemunculan dan penempatan
Pemunculan
Daripada muncul di tengah, akan terdapat 4 kedudukan pemunculan pada peta, satu untuk setiap kuadran. Kawasan di sekitar tapak pemunculan akan dibuka dalam urutan tertentu. Hanya setelah semua tapak pemunculan di wilayah pertama diisi barulah kampung-kampung mula muncul di wilayah seterusnya.
Lokasi pemukiman
Anda hanya boleh menetap di wilayah jiran yang memiliki lebih daripada 4,000 penduduk.
Desaa
Apabila menetap di kampung baru, puak kampung yang diwujudkan adalah mengikut puak peneroka.
Barang dan pengembaran wira
Barang wira
Memakai barangan daripada puak lain meningkatkan nilai unit daripada puak itu di kampung semasa. Wira Sparta menerima bonus yang lebih besar daripada senjata Sparta.
Barang di pengembaraan
Wira anda hanya boleh mendapat item puak akaun anda.
Askar di pengembaraan
Wira anda boleh mendapat askar dari puak dari mana wira anda memulakan pengembaraan.
Standard
Standard item wira mempengaruhi pergerakan pasukan dalam konfederasi.

Semoga jadual ini akan membantu anda menyelami aksi di dunia permainan Glory of Sparta kami pada bulan September. Jumpa anda di medan perang!

Travian: Glory of Sparta #theyarecoming

📊 29,612 views