ISTIMEWA TAHUN BARU 2023: Set Ciri-ciri

Dunia permainan Istimewa Tahun Baru mula diadakan pada bulan Januari 2018 dan sejak itu menjadi acara penting bagi komuniti kita. Ini tidak dapat disangkal lagi. Dunia permainan ini memberikan pemain pengalaman yang benar-benar unik, yang menggabungkan senario yang terkenal dengan ciri-ciri baharu. Jadi, bagaimanakah keadaannya tahun hadapan? Ya, anda betul!

Hati-hati, penduduk Travian! Puak Sparta akan datang!

Puak yang baharu ini telah memasuki dunia Travian dengan gahnya pada bulan September 2022 dan telah membuat keputusan untuk mengembangkan pengaruh mereka di luar peperangan Eropah. Sangat kuat, daya ketahanan yang tinggi, dan tidak berputus asa, puak Sparta telah memilih perjalanan yang lebih mencabar… membina Keajaiban Dunia dan membuktikan penguasaan mereka sambil melawan cuaca yang sejuk membeku! Adakah kita akan melihat pembunuh Keajaiban Dunia Sparta? Biar masa menentukannya!

Apakah ciri-ciri lain yang telah ditambahkan kepada senario Istimewa Tahun Baru ini? Ciri-ciri apakah yang mendapat undian tertinggi daripada para pemain?

Baca jadual di bawah dan dapatkan butiran-butirannya!

ISTIMEWA TAHUN BARU 2023 – SET CIRI-CIRI

🛡️Ciri-ciri am🛡️

Puak-puak
Enam puak.Puak baharu – Sparta – serta Orang Mesir, Orang Hun, Teuton, Gaul, dan Rom, akan ada di dunia permainan Tahun Baru Istimewa ini.
Permulaan lanjut

  • Kampung pertama anda akan bermula dengan semua lapangan sumber pada tahap 5.
  • Anda sudah ada enam peneroka dan CP yang cukup untuk menakluki dua kampung tambahan.
  • 18 ladang, 15 ladang, dan 9 ladang tidak boleh ditakluk sebagai kampung kedua dan ketiga.
  • Anda akan diberikan CP untuk menakluki dua kampung dan 75% daripada perbezaan CP yang diperlukan untuk menakluki kampung keempat (bar akan diisi 3/4 penuh).
  • Dua kampung pertama yang anda takluki secara automatik akan mempunyai semua lapangan sumber pada tahap 5 (kampung tambahan akan mempunyai lapangan sumber pada tahap 0 seperti biasa)
18 penanam
Terdapat empat kampung dengan 18 ladang yang ada di dalam permainan ini. Koordinat ladang ini adalah tetap, satu bagi setiap sektor:

  • (25|25)
  • (-25|25)
  • (25|-25)
  • (-25|-25)

Semua kampung dengan 18 penanam ini mempunyai oasis dengan 150% tanaman berdekatan.

Peta
Peta kecil (401×401). Keajaiban Dunia yang boleh ditakluki dan dinaik taraf selepas rancangan pembinaan muncul. Buat pertama kalinya, anda boleh membina Keajaiban Dunia Sparta!
Tamat dunia permainan
Persekutuan yang pertama membina Keajaiban Dunia sehingga tahap 100 akan diumumkan sebagai pemenang era ini.
Tentera bergabung
Ya – tanpa had dengan sumber – Penggunaan Emas terhad kepada 50 Emas bagi setiap kampung. Maklumat lanjut didapati di sini.
Tentera dimajukan
Ya. Butiran mengenai cara memajukan askar boleh didapati di sini.
Serangan dapat dilihat pada halaman persekutuan
Tidak. Ciri-ciri ini (bersama-sama dengan pengurusan serangan palsu) menerima hanya 42.7% undian dan tidak melepasi had minimum 50%. Oleh itu, ianya tidak akan dimasukkan di dalam senario Tahun Baru Istimewa.

⚔️Menakluki dan meneroka ⚔️

(Ciri-ciri mengekalkan puak yang ditakluki)

Menakluki pemain lain
Apabila anda menakluki satu kampung yang dimiliki oleh akaun milik puak lain, puak bagi kampung tersebut akan kekal sama. Semua bangunan yang khusus bagi puak tersebut akan kekal, melainkan ianya dimusnahkan dalam peperangan. Puak akaun anda akan kekal sama seperti pendaftaran anda.
Menakluki daripada Natar
Apabila menakluki sebuah kampung Natar, kampung tersebut akan dimiliki oleh puak pemimpin kampung.
Menakluki kampung
Apabila membuka kampung baharu, kampung tersebut dimiliki oleh puak kampung peneroka tersebut.

⛏️Pengembaraan dan item wira⛏️

Item wira
Memakai item daripada puak lain akan mempertingkatkan nilai unit tersebut sekiranya mereka diiringi oleh wira tersebut. Wira Sparta menerima bonus yang lebih besar daripada senjata Spartan.
Item dalam pengembaraan
Wira anda hanya boleh menemui item bagi puak akaun tersebut.
Askar dalam pengembaraan
Wira anda boleh menemui askar daripada puak mereka semasa mereka memulakan pengembaraan tersebut.

Jangan ke mana-mana dan kembalilah pada 26 Disember untuk mempelajari semua maklumat mengenai kelajuan permainan dan tarikh permulaan!

Soalan cepumas: Puak yang manakah yang akan membantu anda menang?

📊 33,075 views
+1
251
+1
88
+1
48