Istimewa Tahun Baru 2022 ~ Senarai Ciri-ciri

Ia adalah lagenda terhebat sepanjang zaman. Kisah yang semua orang akan ceritakan, diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Veteran akan mengingatinya semula setiap musim sejuk, terutamanya apabila sumber sukar didapati dan ribut salji melanda siang dan malam, menyebabkan perkampungan terkandas dari dunia luar.

Lagenda menyebut mengenai tanah yang cantik dengan lapan belas lapangan tanaman, dikelilingi oleh oasis yang kaya dengan sumber. Ia menceritakan perkampungan dibina seperti cendawan tumbuh. Ia menceritakan bahawa semua puak bekerja keras untuk menuju ke satu matlamat muktamad – untuk membina Keajaiban Dunia dan mengibarkan sepanduk perikatan mereka lebih tinggi berbanding puak yang lain, menunjukkan seluruh dunia di bawah dominasi mereka.

Tetapi bagaimanakah jika anda mendapati ianya bukan sekadar lagenda? Beranikah anda untuk melawan puak lain dalam peperangan paling sengit ini untuk merebut impian anda? Apa lagi yang menanti anda di acara Istimewa Tahun Baru 2022 kami? Kembalilah ke [date] dan dapatkan butir-butirannya!

Ingat: Fortuna audaces iuvat. Yang berani akan mendapat keuntungan.

Dunia permainan Istimewa Tahun Baru 2022 akan datang awal pada Januari 2022. Marilah kita lihat apa ciri-ciri yang lain yang membezakannya dari dunia yang lain!

18 tanaman

Ya, lagenda yang paling lama telah menjadi kenyataan! Cubalah ciri-ciri 18 penanam yang pertama dalam permainan ini dan kuasailah mereka!

Bagaimanakah ia berfungsi?

⦁ Terdapat empat kampung dengan 18 penanam yang ada di dalam permainan ini.
⦁ Koordinat penanam ini adalah tetap, satu bagi setiap sektor:
⦁ (25|25)
⦁ (-25|25)
⦁ (25|-25)
⦁ (-25|-25).
⦁ Semua kampung dengan 18 penanam ini mempunyai oasis dengan 150% tanaman berdekatan.

Permulaan lanjut

Ciri-ciri ini membenarkan anda terus bermula dengan serta-merta!

Bagaimanakah ia berfungsi?

⦁ Kampung pertama anda akan bermula dengan semua lapangan sumber pada tahap 5.
⦁ Anda sudah ada enam peneroka dan CP yang cukup untuk menakluki 2 kampung tambahan.
⦁ Catatan: 18 penanam, 15 penanam, dan 9 penanam tidak boleh diletakkan dengan enam peneroka yang pertama.
⦁ Dua kampung pertama yang anda takluki secara automatik akan mempunyai semua lapangan sumber pada tahap 5 (kampung seterusnya akan mempunyai lapangan sumber pada tahap 0 seperti biasa)
⦁ Anda akan diberikan 75% daripada CP diperlukan untuk menakluki kampung keempat.

Kekalkan puak di kampung yang anda takluki

Sekali lagi, anda dapat main semua puak dalam satu akaun. Ciri-ciri “kekalkan puak di kampung yang anda takluki” telah kembali, dan jika anda sudah lupa bagaimana ia berfungsi, ini adalah ringkasan untuk anda.

⦁ Apabila anda menakluki satu kampung yang dimiliki oleh akaun milik puak lain, puak bagi kampung tersebut tidak akan berubah. Semua bangunan yang khusus bagi puak tersebut akan kekal, melainkan ianya dimusnahkan dalam peperangan. Puak akaun anda akan kekal sama seperti pendaftaran anda.
⦁ Apabila menakluki sebuah kampung Natar, kampung tersebut akan dimiliki oleh puak kampung penghulu.
⦁ Apabila menakluki satu kampung yang baru, kampung tersebut dimiliki oleh puak kampung peneroka tersebut.

Tunjukkan serangan dalam profil persekutuan

Ciri-ciri ini membenarkan anda mengawasi serangan termasuk serangan terhadap ahli perikatan anda.

⦁ Sekiranya mana-mana ahli perikatan anda sedang diserang, anda dapat melihat ikon pedang berwarna merah di sebelah nama samaran mereka.
⦁ Meletakkan kursor anda pada nama pemain akan menunjukkan jumlah serangan terhadap pemain tersebut.
⦁ Kampung pemain tersebut yang mana yang diserang, apa jenis serangan tersebut dan bila serangan itu akan tiba tidak diketahui.

Apa lagi?

Dunia permainan Istimewa Tahun Baru 2022 juga akan memaparkan  mod musim sejuk yang baru sehingga 20 Mac, ciri-ciri sepanduk persekutuan, dan semua peningkatan hebat yang dilaksanakan baru-baru ini dengan pengemaskinian Quality of Life. Tetapi malangnya, tahun ini, menggabungkan askar dan memajukan askar tidak ada di set ciri, jadi ia tidak tersedia.

Dunia permainan Istimewa Tahun Baru 2022 akan datang dengan dua variasi kelajuan. Dunia permainan Arab, Amerika, Asia, dan Eropah akan bermula dengan kelajuan x1 dan memaparkan tiga puak, sementara Dunia permainan Istimewa Tahun Baru 2022 Antarabangsa akan dijalankan dengan 5x kelajuan dan akan membawakan semua lima puak. 

Bilakah dunia permainan Istimewa Tahun Baru 2022 akan bermula?

Simpan tarikh dunia permainan Istimewa Tahun Baru 2022 pilihan anda dan kumpulkan perikatan anda! Masa untuk asah pedang anda dan rebut 18 tanaman itu! Jumpa anda di medan perang!

Pasukan Travian: Legends anda

:pushpin: Menjawab soalan paling popular pemain, kami ingin menjelaskan, bahawa anda perlu memiliki tiga kampung sebelum anda boleh mengasaskan 9, 15 dan 18 tanaman dalam permainan. Selain itu, anda akan dapat mengumpul semua ganjaran untuk pencarian yang syarat telah dipenuhi kerana permulaan lanjutan.

📊 20,864 views
+1
167
+1
40
+1
33