Pengemaskinian Quality of Life akan tiba tidak lama lagi!

“Perkara yang hebat dapat dicapai dengan menggabungkan beberapa perkara yang kecil.” —Vincent Van Gogh
Mungkin anda sudah perasan, selama beberapa bulan, kami telah mengumpulkan dan menilai saranan anda. Ya, kami buat! Walau bagaimanapun, kali ini, kami telah membuat keputusan untuk tidak melaksanakannya sedikit di sana, sedikit di sini, tetapi kami akan mendedikasikan versi penuh ini untuk melaksanakan pembaikan kecil yang disarankan oleh para pemain.

Hari ini, kami dengan sukacitanya ini memperkenalkan pengemaskinian “Quality of Life” kami! Pengemaskinian ini tidak mengubah keseimbangan permainan; ianya menumpu sepenuhnya pada permintaan pemain. 
Kami telah menumpukan fokus kami pada perubahan yang mengurangkan jumlah klik yang diperlukan bagi sesetengah tindakan, memberikan lebih ketelusan mengenai tingkah laku sesetengah ciri-ciri permainan, atau hanya untuk menjimatkan masa anda.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Duta dan pemain daripada bahagian saranan Discord kami, yang membantu kami menilai perubahan ini dan menjayakannya! 

Gambaran keseluruhan hospital 

Apabila anda memulakan proses penyembuhan bagi askar-askar anda, anda percaya bahawa para penyembuh di kampung anda melakukan kerja mereka dengan baik. Sebelum ini, agak sukar kerana anda perlu menyemak kemajuannya di setiap hospital di semua kampung anda.
Ini adalah sejarah. Anda kini boleh mendapatkan laporan penuh status proses penyembuhan secara terus daripada Akaun Travian Plus. Malah, di dalam gambaran keseluruhan kampung, satu subtab baru akan muncul bagi hospital di bawah tab askar.
Anda dapat melihat senarai semua kampung anda di dalam tab baru ini. Satu titik kelabu akan menandakan kampung yang mempunyai hospital tetapi tiada askar yang cedera.
Di dalam lajur “sedang dijalankan”, anda boleh melihat askar yang mana yang sedang dirawat, dan jika anda menggerakkan kursor tetikus anda pada atas setiap ikon askar, anda juga boleh mengetahui berapa ramai askar yang sembuh bagi setiap jenis askar tersebut.
Tambahan pula, anda juga boleh melihat sekali pandang berapa ramai lagi askar dan jenis yang mana yang masih cedera dan memerlukan perhatian daripada para penyembuh.

Masa penghantaran pedagang

Kami pasti ramai daripada anda yang biasa dengan situasi di bawah: Anda membuat satu panggilan penghantaran cemas untuk membantu seorang ahli perikatan yang dalam bahaya, dan permohonan sumber ini hanya berkesan untuk masa yang tertentu.
Sehingga sekarang, pasaran tidak akan menunjukkan masa ketibaan tetapi hanya tempoh perjalanan. Tetapi ini akan berubah!
Dengan tampal ini, kami akan menambah masa ketibaan untuk menunjukkan masa saudagar akan tiba di destinasi mereka. Amaran: Sekiranya anda menghantar 2x/3x saudagar, masa ketibaan perjalanan yang seterusnya tidak akan ditunjukkan.

Tetingkap timbul pengesahan apabila membatalkan bangunan

Sekarang jam 5 pagi. Anda mengambil telefon pintar anda untuk menyemak sama ada semuanya selamat di kampung anda, dan anda terketik pada bahagian tengah skrin, membatalkan pembinaan Istana tahap 20 dengan tidak sengaja. Tidak, ini bukan mimpi ngeri; ini lebih teruk! Tetapi jangan risau, ini tidak akan berlaku lagi. Tiada lagi sumber yang hilang kerana tersalah klik!
Sekarang, apabila anda membatalkan naik taraf bangunan atau lapangan sumber, satu tetingkap timbul pengesahan akan muncul dengan mesej amaran yang menyatakan dengan jelas bilangan sumber yang anda akan dapat balik sekiranya anda membatalkan item dalam baris gilir anda.

Bantuan daripada rakan tidak lagi menjadi kejutan kepada anda

Kami pasti anda telah melaluinya! Anda diserang, dan perikatan anda membuat keputusan untuk mengaturkan operasi pertahanan besar-besaran. Askar yang baik ini sedang dalam perjalanan, tetapi anda tidak kenal mereka. Anda tidak tahu berapa ramai yang datang, jadi anda sukar untuk mengagak berapa banyak makanan yang perlu anda sediakan. Ini tidak akan berlaku lagi. Akhirnya, anda akan tahu berapa banyak makanan yang perlu anda sediakan untuk bantuan anda!
Apabila seorang pemain menerima sokongan pertahanan daripada ahli perikatan atau gabungan, mereka kini boleh melihat jumlah askar bantuan yang akan sampai. Ini akan berfungsi bagi pertahanan terus dan juga bantuan yang dimajukan.
Perubahan ini tidak akan mempengaruhi apa-apa faktor serangan dan serbuan terhadap ahli perikatan dan gabungan. Jumlah askar yang menyerang dan menyerbu masih tidak diketahui.

Senarai serbuan bagi peninjau

Selepas ini, anda boleh memasukkan askar peninjau di dalam senarai serbuan.

Sama ada anda orang Mesir yang suka membuat serbuan mikro yang menggunakan 1 Penjelajah Sopdu dan 1 Pengawal Anhur untuk membuat serbuan, anda tentunya mahu memastikan sasaran anda tidak membina pertahanan semalaman, atau anda mahu menilai sama ada oasis yang tertentu berbaloi untuk diserbu ataupun tidak. Semua ini kini boleh dibuat dengan senarai serbuan.

Mari kita lihat dengan lebih terperinci:
⦁ Askar peninjau telah dibuka di dalam senarai serbuan dan boleh dihantar sama ada dengan askar lain atau secara berasingan.
⦁ Sekiranya hanya ada askar peninjau di dalam entri senarai serbuan yang tertentu, serbuan diajar tersebut akan menjadi misi tinjauan jenis “Sumber peninjau dan askar.”

Hadiah haiwan di dalam simulator peperangan

Dengan pengenalan hadiah haiwan daripada oasis, ramai pemain telah menyimpan semula kalkulator mereka yang setia. Sudah tiba masanya untuk menyimpan semula peranti lama ini di dalam laci.

Bermula dari sekarang, apabila seorang pemain menggunakan simulator peperangan untuk membuat simulasi serbuan terhadap oasis tidak berpenghuni , simulator peperangan ini juga akan menunjukkan hadiah haiwan yang akan ditambahkan pada inventori wira sekiranya serangan tersebut berjaya dan askar-askar akan menemui semua haiwan tesebut masih ada di oasis tersebut.

Simulasi serbuan oasis

Sejak memperkenalkan perubahan terhadap hadiah haiwan, sudah menjadi biasa untuk membuat simulasi serbuan ke atas oasis beberapa kali sehari. Penyerbu oasis yang paling aktif berasa sangat kecewa kerana membuka pautan simulator di dalam tab yang baru tidak akan menunjukkan jumlah haiwan yang ada di oasis tertentu.

Dengan pengemaskinian “Quality of Life”, kami menjadikan keinginan komuniti ini menjadi kenyataan. Selepas pelaksanaannya, sekiranya anda memilih untuk membuka pautan “Simulasi serbuan” di dalam tab yang berasingan, ianya akan membawa ke simulator peperangan dengan data yang telah diisi berdasarkan ID oasis tersebut. Ini akan membenarkan anda menghantar serangan dengan pantas ke oasis ini sekiranya anda berpuas hari dengan keputusan simulasi.

Baca semua! Padam semua!

Tiada lagi 1,927,583 laporan yang belum dibaca! Sudah menjadi sejarah!

Antara muka halaman laporan akan berubah sedikit, memperkenalkan fungsi-fungsi yang baru seperti menandakan semua laporan sebagai sudah dibaca dan memadamkan semua laporan sekaligus.
Mari kita lihat perubahan ini dengan lebih terperinci:
⦁ Kini anda boleh menandakan semua laporan sebagai sudah dibaca dan memadamkan semua laporan sekaligus. Sekiranya anda tidak menapis atau meletakkan apa-apa bendera pada mana-mana mesej, semua laporan akan dipilih.
⦁ Tindakan ini boleh dilakukan terhadap semua laporan (tab “Semua”) atau untuk kategori tertentu (“Serangan,” “Pertahanan,” “Tinjauan,” dan lain-lain.)
⦁ Tambahan pula, anda juga boleh menapis laporan yang ingin anda tanda sebagai sudah dibaca atau memadamnya menggunakan penapis dalaman bagi setiap kategori (contohnya hanya menandakan sebagai sudah dibaca atau memadamkan laporan tanpa cedera.)
⦁ Sekiranya beberapa laporan dipilih, tindakan ini akan dilakukan hanya terhadap laporan yang dipilih.
⦁ Sekiranya tiada laporan yang dipilih, tindakan tersebut akan dilakukan terhadap semua laporan di dalam penapis/kategori yang dipilih.
⦁ Satu tetingkap timbul akan merumuskan jumlah laporan di dalam kategori yang mana yang akan ditanda sebagai sudah dibaca atau dipadam.
⦁ Terdapat dua butang baru yang dilabelkan sebagai “Tanda sebagai sudah dibaca” dan “Padamkan laporan” di bahagian atas dan bawah senarai laporan untuk kemudahan anda.

Kecederaan di dalam laporan

Dengan pengenalan hospital, pemain kadang kala sukar melihat sama ada serangan mereka berjaya sepenuhnya atau hanya separuh. Ini adalah disebabkan cara kecederaan ditunjukkan sekarang. Atas permintaan pemain, kami telah memutuskan untuk menukarkan cara data ini ditunjukkan.

Jadi apa yang akan berubah?
⦁ Jumlah askar yang dihantar ke hospital tidak lagi ditolak daripada jumlah unit yang terbunuh.
⦁ Walau bagaimanapun, satu baris tambahan masih akan dipaparkan jumlah askar yang tercedera yang boleh dipulihkan di hospital.

Penambahbaikan terhadap laporan dikepung

Semua orang yang bermain sebagai penyerang tahu pahit manis kejayaan apabila tidak mengetahui berapa banyak kerosakan yang berjaya dilakukan terhadap kampung yang diserang apabila ianya musnah sepenuhnya.

Dengan versi ini, anda akhirnya dapat menilai dengan tepat berapa banyak kemusnahan bangunan/lapangan yang telah anda lakukan ke atas lawan anda kerana tahap bangunan yang musnah akan ditambah kepada laporan tersebut apabila ianya musnah sepenuhnya.

Sepanduk perikatan
Setiap perikatan akan mempunyai sepanduk yang dipaparkan dalam profil perikatan, statistik dan halaman kemenangan. Penjana sepanduk perikatan akan diberikan kepada setiap ahli perikatan, yang boleh menghasilkan sepanduk dan kemudian menyerahkannya kepada kepimpinan mereka. Kepimpinan akan memilih sepanduk yang mana yang akan digunakan sebagai sepanduk rasmi perikatan.
Sepanduk ini boleh ditukar pada bila-bila masa dan seberapa kali yang pemain mahu.
https://youtu.be/6batxXxgBWs

Antara muka penapis untuk laporan perikatan

Setiap pemain pro tahu bahawa penapis laporan perikatan akan disediakan di dalam permainan ini; mereka menyimpannya di dalam fail sulit rahsia yang akan dikemas kini pada permulaan setiap dunia permainan. Sudah tiba masanya untuk mengarkib pautan rahsia ini kerana sekarang ianya disediakan secara terus di antara muka laporan perikatan.
Tetapi bukan itu sahaja; kami juga ada menambah beberapa fungsi tambahan:
⦁ Penomboran kini telah ditambahkan kepada laporan perikatan, membenarkan pemain melihat laporan perikatan yang berlaku sebelum ini.
⦁ Tetapan paparan mesej dan laporan bagi akaun anda sendiri juga akan dikenakan pada laporan perikatan. Pemain boleh menetapkan tetapan ini di dalam menu yang ditetapkan. (Tetapan -> Paparan -> Masukkan nombor yang diingini)
⦁ Terdapat beberapa penapis bagi jenis serangan yang berlainan pada halaman laporan perikatan yang akan membenarkan pemain menapis laporan mengikut kategori yang serupa dengan penapis dalam laporan mereka sendiri (“Serangan dengan/tanpa kerugian,” “Pertahanan dengan/tanpa kerugian,” “Peninjauan yang dapat/tidak dapat dikesan,” dan lain-lain.)

Merekrut pemain akan menjadi lebih mudah
Merekrut pemain memerlukan kemahiran ingatan yang kuat kerana anda perlu mengingat nama pemain yang ingin anda jemput ke perikatan anda dengan tepat atau salin dan tampalnya daripada profil mereka. Mulai sekarang, anda tidak perlu bersusah payah lagi; anda boleh lakukan ini secara terus daripada profil mereka.
Satu butang  “Jemput ke perikatan” yang baru akan ditambahkan ke profil pemain, dan boleh digunakan oleh setiap ahli perikatan yang mempunyai kebenaran untuk  “Jemput pemain ke perikatan”. Dan jika anda buka profil pemain tersebut sekali lagi, anda akan melihat satu mesej yang menyatakan jemputan sudah dihantar. Sekiranya anda berubah fikiran, anda boleh menarik balik jemputan tersebut di halaman jemputan.

Pangkalan pengetahuan yang baru
Portal Jawapan kami yang sudah lama dan tetap setia sudah tua dan sudah tiba masanya untuk pencen. Hari ini, dengan sukacitanya kami ingin memperkenalkan kepada anda pengganti yang serba baru, yang akan tersedia pada hujung tahun ini.

Platform pangkalan pengetahuan yang baru ini akan disambungkan terus kepada alat Sokongan Pelanggan kami. Kami akan membukanya dalam Bahasa Inggeris tidak lama lagi, tetapi bahasa tambahan akan menyusul tahun hadapan.

Apa yang baru? Platform pangkalan pengetahuan yang baru ini menggunakan teknologi yang lebih canggih. Hasilnya, artikel nampak lebih baik, mudah dicari dan dikongsi, serta, jika anda tidak menemui apa yang anda cari, anda boleh menghubungi kami secara terus menggunakan alat yang sama. Satu lagi penambahan yang menarik adalah anda juga boleh menghantar maklum balas kepada kami mengenai artikel yang sedang anda baca dan memberikannya penilaian secara pantas.
Kami tidak hanya menyalin dan menampal kandungan portal Jawapan ke platform yang baru ini. Kami habiskan masa berbulan-bulan untuk membelek kandungan dan memilih kandungan yang bernilai sahaja, menulis semula, mengemas kini, dan mempertingkatkan setiap maklumat yang ada. Kami memastikan ianya terkini, mempunyai maklumat yang berguna bagi kedua-dua pemain baharu dan juga pemain pro, dan mudah dibaca.

Seperti yang sudah kami maklumkan sebelum ini, kami akan bermula dengan Bahasa Inggeris, dan bahasa lain akan menyusul kemudian.

Dengan perkembangan Travian: Legends yang berterusan dan penambahan ciri-ciri yang baru atau menyeimbangkan perubahan, kami akan terus mengemas kini artikel semasa dan menambah lagi maklumat dari semasa ke semasa. Dan tentunya, kami akan mendengar maklum balas anda.

Jangan ke mana-mana; kami akan maklumkan apabila pangkalan pengetahuan Bahasa Inggeris dibuka.

⏲️ Rancangan pelancaran (masa henti ~15 minit)

13.12 ~10:03 UTC +0 — International5, International30, International9

15.12 ~10:03 UTC +0 — International *
15.12 ~12:03 UTC +0 — RU, Nordics, CZSK, NL, Balkans

16.12 ~10:03 UTC +0 — Arabics
16.12 ~12:03 UTC +0 — Europe

17.12 ~10:03 UTC +0 — TR, Asia
17.12 ~12:03 UTC +0 — America

20.12 ~10:03 UTC +0 — Tournament Finals

Kami tidak sabar-sabar untuk membaca komen anda mengenai keluaran ini. Kami berharap ia akan menjadikan hujung tahun 2021 anda detik yang bersejarah bagi anda!
Pasukan Travian: Legends anda

P.S. Pembaikan pepijat:

TL-10107 – Penggunaan tanaman yang dipaparkan pada halaman “sumber” tidak dikemas kini apabila askar yang sedang dalam misi meninjau terbunuh. Mereka boleh mati dengan tenang sekarang dan tidak lagi menggunakan apa-apa tanaman.

TL-10178 – Kehilangan tahap lapangan sumber menyebabkan sistem tugasan memaparkan kemajuan yang tidak betul bagi tugasan yang berkaitan, yang menunjukkan lapangan tersebut lebih maju daripada sebelumnya.

TL-10238 – Memajukan askar kepada pemain di bawah perlindungan orang baru tidak boleh dilakukan. Fungsinya berjalan lancar, tetapi kami lupa menambah mesej ralat yang sesuai apabila anda cuba melakukannya.

+1
224
+1
11
+1
70