🧭 Ciri-ciri Am 🧭 |
|
Peta |
Eropah Purba dengan 87 wilayah untuk ditakluki. Perjalanan merentasi penghujung peta tidak dibenarkan lagi. |
Mata Kejayaan |
Untuk menguasai sebuah wilayah, suatu persekutuan perlu mempunyai >50% kawalan wilayah dan mesti menunggu masa pemasa kendur “jaminan” (24 jam) tamat. Mata kejayaan perikatan adalah jumlah semua mata yang dipegang di semua kampung perikatan tersebut. Mata kejayaan perikatan boleh hilang, dicuri atau dimusnahkan. |
Tiada mata kejayaan untuk pemain yang tidak aktif |
Pemain yang ditandakan dengan titik berwarna merah dan kelabu di dalam senarai persekutuan (iaitu pemain tidak aktif melebihi 72 jam) tidak akan menerima mata kejayaan bagi kampung mereka. Mata kejayaan bagi kawalan wilayah akan dibahagikan di kalangan kampung pemain-pemain yang lain di dalam wilayah tersebut. Walau bagaimanapun, populasi mereka masih akan dikira untuk kawalan wilayah. |
Puak-puak |
Travian: Shores of war memaparkan 6 puak:
|
Keajaiban Dunia dan Penghujung Dunia Permainan |
Tiada Keajaiban Dunia dalam jenis senario seperti ini. Dunia permainan ini akan tamat pada masa yang tertentu selepas 180 hari bagi kelajuan 1x, 120 hari bagi kelajuan 2x dan 80 hari bagi kelajuan 3x. |
Tentera bergabung |
Ya – tanpa had dengan sumber – Penggunaan Emas terhad kepada 50 Emas bagi setiap kampung. Maklumat lanjut didapati di sini. |
Memajukan askar |
Ya. Butiran mengenai cara memajukan askar boleh didapati di sini.
Apabila anda memajukan askar daripada kampung pelabuhan dengan kapal yang sedia ada, anda boleh memberikan bantuan pilihan kepada kapal anda agar mereka boleh bergerak lebih pantas. Tidak kira sama ada askar tersebut milik anda atau pemain lain atau sama ada mereka berasal daripada pelabuhan atau kampung biasa. Selepas askar bantuan tiba di kampung sasaran, kapal-kapal tersebut akan muncul semula di kampung pelabuhan dengan serta-merta. |
Laluan dagangan |
Anda boleh membuat laluan ke kampung-kampung anda sendiri sahaja. |
Kebolehlihatan serangan senarai perikatan |
|
Tiada gabungan |
|
⚓ Pelabuhan dan penjelajahan ⚓ |
|
Pelabuhan |
|
Menjelajah 🆕 |
|
Maklumat lanjut… |
Maklumat lebih terperinci mengenai pelabuhan dan penjelajahan boleh didapati di sini: |
🌊 Kapal 🌊 |
|
Kapal dagang |
Kapal dagang bergerak pada kelajuan 20 petak sejam di dunia permainan dengan kelajuan 1x (didarabkan dengan faktor halaju) bagi semua puak di laut dalam. Apabila bergerak di atas darat, mereka akan menggunakan kelajuan biasa puak yang memiliki perkampungan pelabuhan. |
Kapal perang dan kapal perang umpan |
|
Maklumat lanjut… |
Maklumat lanjut mengenai kapal boleh didapati di sini: Kapal |
🏛️ Bandar 🏛️ |
|
Bandar-bandar |
|
Menara pengawal |
Hanya tersedia di bandar.
Menara pengawal bukanlah bangunan yang berasingan, tetapi hanyalah sambungan dinding, yang boleh dinaik taraf sehingga tahap 20. Setiap tahap Menara pengawal akan menambahkan 1% bonus pertahanan, sehingga 20% pada tahap maksimum. |
Kerja Air |
|
Maklumat lanjut… |
Maklumat lanjut mengenai bandar boleh didapati di sini: Bandar |
🏆 Kuasa purba (artifak) 🏆 |
|
Nama |
Artifak di sini dipanggil kuasa purba. |
Kesan |
Rahsia arkitek, kasut but Titan, Mata helang, Kawalan diet, Bakat pelatih, Pelan induk penyimpanan, Kekeliruan musuh. |
Menakluki |
Persekutuan dengan >50% kawalan wilayah akan dapat mengakses kuasa purba, yang boleh diaktifkan di dalam kampung yang mempunyai perbendaharaan yang cukup besar. |
Pengehadan kuasa |
Kuasa purba boleh diaktifkan sebaik sahaja persekutuan pemain mencapai >50% kawalan wilayah dan telah memegang wilayah tersebut selama 24 jam. Untuk mengaktifkan kuasa purba, seorang ahli perikatan hanya memerlukan perbendaharaan tahap 10 bagi kuasa purba dengan kesan terhadap kampung, atau perbendaharaan tahap 20 bagi kuasa purba dengan kesan terhadap akaun. Terdapat beberapa pengehadan secara semula jadi: Bagi setiap kampung, hanya satu kuasa purba boleh diaktifkan, dan bagi setiap akaun, hanya satu kuasa purba yang memberi kesan kepada seluruh akaun boleh diaktifkan. Oleh itu, sejumlah dua kuasa purba boleh mempengaruhi satu kampung. |
🔱 Menakluki 🔱 |
|
Kampung |
|
Natar |
Apabila menakluki sebuah kampung Natar, kampung tersebut akan dimiliki oleh puak kampung penghulu. |
Mengekalkan puak yang ditakluki |
Keterangan penuh ciri-ciri ini boleh didapati di sini: Kekalkan puak selepas menakluki |
🏠 Mengembangkan dan Membuka Penempatan 🏠 |
|
Mengembangkan Penempatan |
Tidak perlu lagi mengembang di bahagian tengah. Sebaliknya, terdapat empat kedudukan perkembangan pada peta, satu bagi setiap sukuan. Wilayah di sekeliling tapak perkembangan akan didedahkan dalam urutan tertentu. Setelah semua tapak telur di wilayah pertama diisikan kampung akan memulakan peneluran di wilayah seterusnya. |
Membuka kampung kedua (menukar puak) |
Anda boleh memilih puak untuk kampung kedua bagi pembukaan kampung anda yang pertama.
|
Membuka kampung lain |
Apabila membuka kampung baru, kampung tersebut akan dimiliki oleh puak kampung peneroka tersebut. |
Membuka penempatan menggunakan kapal |
Anda boleh menghantar peneroka anda menaiki kapal untuk meneroka kampung yang baharu. |
Lokasi penerokaan |
Anda hanya boleh meneroka di wilayah yang mempunyai wilayah di sekelilingnya yang mempunyai lebih daripada 4,000 populasi perikatan. |
🦆Lain-lain🦆 |
|
Membatalkan penghantaran |
Saudagar dan penghantaran kapal dagang boleh dibatalkan dalam masa 60 saat yang pertama. |
Pelabuhan di map.sql |
Status pelabuhan bagi sebuah kampung akan ditunjukkan di map.sql. Maklumat lanjut mengenai map.sql boleh didapati di sini. |
Peta rata dan wilayah |
Wilayah yang berada di penghujung peta yang lain (seperti Volubilis dan Hyperborea) tidak lagi dikira sebagai “jiran” dan populasi mereka tidak akan dikira untuk menduduki wilayah yang baharu.
Meletakkan kursor anda di atas nama wilayah di dalam statistik dan profil perikatan akan membolehkan petua alatan peta wilayah untuk memaparkan lokasi mereka. |
Kalkulator masa perjalanan |
Kalkulator masa perjalanan akan membantu anda menghitung masa perjalanan di antara perkampungan bagi kedua-dua perjalanan darat dan juga perjalanan kapal. |
Pingat kekal |
|
Kami harap, jadual ini dapat membantu anda beraksi dengan cepat di dunia permainan Shores of War kami pada bulan April. Jumpa anda di medan perang!
Pasukan Travian: Legends Anda