Minggu Komuniti Julai 2023 ~ Butiran Dunia Permainan

Minggu komuniti akan kembali dengan 2 set kelajuan dan ciri yang berbeza pada Julai 2023! Pilih kelajuan kegemaran anda, puak dan terus beraksi! Ciri, puak dan masa mula telah diundi oleh komuniti!

Apakah ciri istimewa yang berjaya melalui pengundian ke dunia permainan Minggu Komuniti?
Permulaan lanjutan

  • Kampung pertama anda akan bermula dengan semua medan sumber pada tahap 5.
  • Anda sudah memiliki enam peneroka dan CP yang mencukupi untuk menyelesaikan dua kampung tambahan.
  • 18-ladang, 15-ladang, dan 9-ladang tidak boleh diasaskan sebagai kampung kedua dan ketiga.
  • Anda akan diberikan CP untuk mengasaskan dua kampung dan 75% daripada CP yang diperlukan untuk menyelesaikan kampung keempat (bar akan diisi hingga 3/4).
  • Dua kampung pertama yang anda asaskan secara automatik akan memiliki semua medan sumber pada tahap 5 (kampung seterusnya akan diasaskan dengan medan sumber pada tahap 0 seperti biasa).
Pemberitahuan serangan Persekutuan

Ini menunjukkan pemberitahuan serangan masuk untuk persekutuan. Walaupun serangan telah ditanda hijau oleh pemain di titik perhimpunan mereka, mereka masih akan ditunjukkan dalam pemberitahuan persekutuan.

Senarai ahli persekutuan kini hanya akan menunjukkan serangan dan serbuan di mana bilangan askar yang masuk adalah lebih besar daripada tahap Titik Perhimpunan.

Dalam erti kata lain, jika Titik Perhimpunan kampung sasaran adalah tahap 20, semua serangan dan serbuan dengan kurang daripada 20 unit tidak akan dipaparkan pada halaman persekutuan.

Puak kekal ketika menjajah

Ciri “Puak kekal ketika menjajah” membolehkan anda bermain dengan semua puak dalam satu akaun dan menggunakan faedah setiap puak tanpa terlalu menderita daripada kelemahan mereka. Penerangan terperinci tentang cara ia berfungsi boleh anda temui di sini: Puak kekal ketika menjajah

🛡️Maklumat Umum🛡️

Puak

4 Puak:

Gaul, Rom, Teuton, Sparta

5 Puak:

Gaul, Rom, Teuton, Hun dan Mesir

Kelajuan

Tarikh bermula 18 Julai 2023 23 Julai 2023
Waktu bermula 16:00 UTC+1 16:00 UTC+1

🏛️Ciri-ciri Dunia Permainan🏛️

Permulaan lanjutan ✔️ ✔️
Gabung dan majukan askar
Puak kekal ketika menjajah ✔️ ✔️
Pemberitahuan serangan ahli persekutuan ✔️ ✔️
18 ladang
Syarat Kemenangan Persekutuan yang mula-mula membina Keajaiban Dunia ke tahap 100 akan diumumkan sebagai pemenang era tersebut.
Faktor kelajuan Semua garis masa yang berkaitan dan spesifik faktor kelajuan boleh didapati dalam Travian Knowledgebase.

🪙Pemindahan emas dan rujuk rakan🪙

Pemindahan Emas Masuk dari mana-mana. Keluar ke mana-mana Dunia Permainan 4.6 kecuali Kejohanan.
Ciri merujuk rakan Diaktifkan

Asah pedangmu dan tali busurmu, pertarungan akan tiba!

Pasukan Travian: Legends Anda

+1
29
+1
18
+1
15