Peningkatan Mutu Kehidupan Pasar
📜 Apa yang baru:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Peningkatan Mutu Kehidupan: Antara muka pasar telah diubah suai dan dipertingkat secara menyeluruh. Ketahui lebih lanjut mengenai perubahan ini di blog kami.
TL-11655 Apabila seorang wira bergerak untuk menyerbu, menyerang atau membantu di suatu tempat yang lain, maklumat yang berkaitan pada halaman wira akan memaparkan koordinat sasaran wira yang boleh diklik.
TL-11603 Antara muka senarai ahli perikatan, kepakaran, dan butang mengedit catatan telah digabungkan supaya lebih mudah.
TL-11402 Antara muka menu tarik ke bawah di dalam permainan ini telah dipertingkat – tiada lagi pilihan kosong di bahagian atas senarai.
TL-11825 Anda tidak boleh lagi menjadikan 18 ladang sebagai kampung anda yang terakhir, sama juga seperti perkampungan Keajaiban Dunia. Secara khususnya, apabila populasi kampung sudah dikurangkan kepada sifar, ianya hanya akan dikeluarkan sekiranya pemain tersebut mempunyai perkampungan yang lain, tidak mengira kampung Keajaiban Dunia atau 18 ladang. Perubahan ini dilakukan untuk mencegah salah guna yang mungkin berlaku untuk menyekat 18 ladang yang sangat sukar didapati.
Ketahui lebih lanjut mengenai cara ianya berfungsi di dalam artikel penghancuran kampung kami di Pangkalan Pengetahuan.
🛠️ Pembaikan pepijat::
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-11895 Mengklik ikon beg di dalam senarai laporan untuk mengulangi serangan tidak akan mengemas kini jumlah laporan yang belum dibaca. Ini telah dibetulkan.
⏲️ Rollout plan (Downtime ~5 min)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
13.03 ~ 10:03 UTC – America 3, America 30, America 50,
15.03 ~ 10:03 UTC – America
15.03 ~ 12:03 UTC – Asia
16.03 ~ 10:03 UTC – International
16.03 ~ 12:03 UTC – Arabics
17.03 ~ 10:03 UTC – Europe, DE Wimpel, TR Alpler