Perubahan Mutu Kehidupan: Pasar

Tidak lama dahulu, kami telah memperkenalkan pengemaskinian besar-besaran yang melibatkan pilihan pasar laluan dagangan, yang telah diletakkan pada tab yang baru yang berasingan, antara muka yang dipertingkat, dan kefungsian yang lebih baik. Hari ini, masanya telah tiba untuk memperkenalkan pula langkah yang seterusnya di dalam perubahan ini, pasar yang berwajah baru!

Perubahan ini akan dilakukan terhadap semua dunia permainan yang sedang berjalan bermula dari 13 Mac. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan perlaksanaannya bagi dunia permainan anda, sila semak keluaran terbaru di bahagian Log perubahan.

Apa yang baru

Sila ambil maklum: Anda boleh mengklik🖱️ pada imej di bawah untuk membesarkannya ⤵️!

Peningkatan am
  • Susun atur tab “Hantar sumber”, “Beli”, dan “Tawar” telah dipertingkat, menjadikannya lebih intuitif.
  • Maklumat mengenai saudagar yang ada dan kapasiti saudagar kini dipaparkan di semua tempat yang relevan.
  • Dan lagi, semua tab akan mendapat kefungsian tambahan.
 
Hantar sumber
  • Maklumat mengenai jangkaan jumlah sumber yang akan masuk telah ditambah berdasarkan penghantaran semasa.
  • Satu bar baru akan membolehkan pemain menambah sumber mengikut kapasiti saudagar sehingga jumlah maksimum saudagar yang ada.
  • Satu butang “Isikan semua” telah ditambah di sebelah setiap sumber.
Beli sumber
  • Gambaran keseluruhan yang lebih baik bagi saudagar yang diperlukan dan sumber yang ada untuk membeli suatu tawaran yang tertentu
  • Pilihan untuk memilih tawaran daripada perikatan pemain itu sendiri sahaja
  • Maklumat mengenai kapasiti saudagar dan bilangan saudagar yang ada
Tawarkan sumber
  • Membuat tawaran: butang “+” dan “-” akan menambah dan menolak saudagar sehingga kapasiti maksimum semasa.
  • Maklumat mengenai nisbah tawaran yang telah dirancang telah ditambah.

Perubahan Mutu Kehidupan Fasa 4 ini akan mengakhiri tindakan yang telah dirancang yang telah kami umumkan pada tahun 2022. Walau bagaimanapun, lebih banyak perubahan yang mengujakan telah dirancang untuk tahun 2023. Jangan ke mana-mana!

+1
7
+1
23
+1
6