Salah satu peristiwa penting setiap dunia permainan Dunia Ajaib adalah pertempuran untuk artifak. Dengan beberapa perubahan baru-baru ini, masa telah tiba untuk memberikan perhatian tambahan kepada bahagian permainan ini!
Ciri kemunculan artifak telah dibuat semula untuk semua dunia permainan yang bermula selepas 18hb September 2022.
Sebagaimana anda tahu, artifak dalam Travian: Legends muncul dalam bulatan atau lebih tepat, lingkaran yang terbentang daripada kawasan kelabu ke pinggiran peta. Untuk membuat ini sejelas yang mungkin, asas am ciri ini tidak akan diubah. Artifak masih akan wujud dalam lingkaran. Walau bagaimanapun… Sistem pemunculan artifak telah dilaraskan kepada saiz peta kecil (401×401) dan bukan yang besar (801×801). Perubahan ini menangani sesetengah kelakuan pemunculan artifak yang tidak dikehendaki. Contohnya, disebabkan oleh legasi yang ditinggalkan oleh peta besar dalam kod permainan, sesetengah artifak mungkin cuba wujud di luar kawasan peta. Contohnya (250|0) dan oleh itu akibatnya merangkul kira-kira kepada (-151|0). Ini tidak lagi boleh berlkau. Mulai sekarang, artifak sentiasa akan cuba muncul dalam sempadan peta.
Apa lagi yang akan berubah:
- Formula baharu akan mempertimbangkan kepadatan dan populasi dengan lebih dunia permainan tertentu. Itu mungkin bermakna bahawa populasi am yang lebih tinggi akan lebih membentangkan populasi am dunia permainan tertentu, maka dengan itu lebih terbentang “lingkaran artifak” akan terjadi.
- Secara keseluruhan, artifak akan lebih berkemungkinan muncul lebih dekat kepada pusat peta. Walau bagaimanapun, tertib dan kedudukan artifak berbanding dengan satu sama lain akan kekal sama.
- Perubahan ini hanya terpakai kepada artifak dan tidak akan menjejaskan pelan pembinaan sedia ada.
Semua dunia permainan yang bermula sebelum 18hb September 2022 masih akan menggunakan sistem artifak yang wujud sebelum ini. Perubahan tersebut hanya terpakai kepada dunia permainan baharu.