CHANGELOG – Keluaran 1669.2

Gambaran keseluruhan: Reka bentuk halaman dunia permainan yang baru dan beberapa pembaikan pepijat yang penting bagi Glory of Sparta dan dunia permainan yang biasa.

🆕 Perubahan:- The Weekend Warrior:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-11162 Keajaiban telah berlaku di dunia Weekend Warrior. Entah kenapa, wira dengan pembalut dan digabungkan dengan hospital telah memulihkan lebih banyak askar dari askar yang asal. Tetapi, keajaiban ini terpaksa dihentikan. Bermula dari sekarang, ciri-ciri ini akan dihadkan, dan apa-apa askar yang telah dipulhkan dengan pembalut (termasuk pembalut kecil) tidak akan ditunjukkan di dalam senarai mereka yang tercedera di hospital.

🆕 Perubahan: – Semua dunia permainan yang baru:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-11180 Kami telah memberikan rupa bentuk yang baru bagi halaman dunia permainan yang baru ini. Halaman ini akan memaparkan masa dan tarikh dalam zon masa pelayan dan juga zon masa pemain.

🛠️ Pembaikan pepijat untuk Glory of Sparta:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

TL-11248 Twinsteel Therion sangkakan mereka adalah kuda dan mahukan latihan di kandang kuda sahaja. Kami sedar penyebabnya adalah latihan lasak yang dibuat tanpa memakai topi. Walau bagaimanapun, asclepeion telah menyelesaikan isu ini.

TL-11184 Askar yang cedera dan yang telah dipulihkan di asclepeion tidak dipaparkan di gambaran keseluruhan kampung. Kami telah membaikinya.

TL-11203 Bonus asclepeion tidak berfungsi dengan betul berbanding hospital biasa. Isu ini telah dibetulkan dan Spartan akan memulihkan 60% daripada askar yang tercedera dan hilang.

TL-11179 Satu isu telah dibetulkan, di mana satu halaman yang kosong akan muncul sekiranya anda menukar kampung semasa memajukan askar.

🛠️ Pembaikan pepijat:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

TL-10915 Satu isu dengan kunci akses yang digunakan untuk menukar kampung, sekiranya pemain tersebut mempunyai dua kampung sahaja, telah dibetulkan.

TL-11016 Satu ciri-ciri pada halaman pengembaraan untuk mengira masa perjalanan bagi perkampungan yang lain telah menunjukkan masa perjalanan bagi perkampungan yang salah.

TL-11021 Satu mesej ralat yang tidak betul akan timbul apabila menggunakan baucar yang sudah pun ditebus. Kini mesej tersebut akan menyatakan dengan jelas bahawa baucar tersebut telah pun ditebus.

TL-11171 Butang yang mempunyai ikon tidak dipaparkan dengan betul di dalam bahasa yang menulis dari kanan ke kiri.

TL-11182 Statistik pada tab am tidak menunjukkan data yang betul sekiranya baki sumber pemain adalah terlalu besar.

TL-11065 Menggunakan butang set semula pada halaman rupa paras wira selepas menukar jantina wira tidak berfungsi.

TL-11076 Menekan kekunci “Enter” apabila mengedit ombak pada pembina ombak tidak lagi memadamkan ombak.

TL-11121 Menggunakan ciri-ciri untuk menandakan serangan yang masuk dengan bebola berwarna akan menyembunyikan ikon pedang merah secara sementara di dalam senarai kampung. Ini tidak akan berlaku lagi. Sila ambil perhatian bahawa Glory of Sparta ada ciri-ciri yang tertentu di mana sekiranya anda menandakan serangan dengan bebola hijau, tindakan tersebut akan menyembunyikan ikon pedang merah pada senarai kampung. Ciri-ciri ini tidak tersedia bagi dunia permainan yang lain

TL-11078 Membatalkan perubahan emel yang sedang berjalan (pada tetapan akaun) kini akan benar-benar membatalkannya. Ta-da!

TL-11149 Sekiranya dua set peneroka mengembara dari kampung yang sama, tiga orang peneroka akan dipaparkan dengan tidak betul pada gambaran keseluruhan kampung. Kami telah membaikinya.

TL-11157 Pemain Perancis kini boleh menakluki artifak kekeliruan musuh daripada Natar tanpa merosakkan map.sql bagi seluruh pelayan.

TL-11194 bb-code bagi koordinat kini berfungsi dengan betul dengan nilai negatif pada profil pemain dan mesej dalam permainan.

TL-11206 Mengklik butang “jelajah” untuk menghantar wira keluar mengembara tidak akan membuka halaman yang berikut; tetapi kini isu ini telah dibetulkan.

Beberapa isu kecil yang lain juga telah diselesaikan.

⏲️ Rollout plan (No downtime)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

10.08 ~ 10:03 UTC+1 — International7, International3, International20

12.08 ~ 10:03 UTC+1 — Asia
12.08 ~ 12:03 UTC+1 — Arabics, NL Schild

16.08 ~ 10:03 UTC+1 — TR Alpler, International°
16.08 ~ 12:03 UTC+1 — Europe, Hispano Eternal, CZSK, Balkans United

17.08 ~ 10:03 UTC+1 — America
17.08 ~ 12:03 UTC+1 — Tournament servers

°Tidak termasuk dunia permainan yang disenaraikan secara berasingan.

📊 584 views
+1
0
+1
0
+1
0