🆕 Perubahan:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-12093 Pengisian pilihan sasaran secara automatik di pasar telah diperbaik. Apabila tiada sasaran ditetapkan, ciri pengisian automatik ini akan menunjukkan senarai semua kampung yang dimiliki oleh pemain tersebut. Sekiranya pengisian automatik bagi kampung perikatan dibolehkan, ciri tersebut akan termasuk kampung gabungan. Kami juga telah mempertingkatkan pengendalian pelbagai ralat apabila sumber tidak dapat dihantar ke kampung sasaran.
TL-11998 Di dalam tetingkap timbul “hantar sumber”, kami telah membolehkan anda untuk memasukkan lebih banyak sumber berbanding apa yang saudagar yang tersedia ada anda boleh bawa. Ini hanya boleh dilakukan menggunakan medan input. Anda masih tidak boleh menghantar sumber sebanyak itu, tetapi kami tahu ada beberapa pemain yang mahukan keupayaan ini untuk menyiapkan saudagar mereka seperti mereka mahu dengan lebih pantas.
TL-11992 Kami telah mengemas kini pautan dalam kekaki halaman permainan.
🛠️ Pembaikan pepijat:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-11891 Menampal koordinat di pasar tidak berfungsi dengan betul sebelum ini. Mulai sekarang, sekiranya anda menyalin koordinat, walaupun dengan tanda kurungan, dan menampalkannya dalam medan X, kedua-dua medan X dan Y akan diisi dengan betul.
TL-12109 Menukar kampung yang aktif di dalam tab “hantar askar” di tempat perhimpunan akan memadamkan sasaran. Keadaan ini akan berubah.
TL-12193 Memajukan askar ke kampung asal mereka tidak bertukar dengan betul supaya mereka akan memakan tanaman daripada kampung asal mereka dengan serta-merta.
TL-12028 Apabila penyerang kehilangan kesemua askar di dalam peperangan, laporan tidak termasuk maklumat mengenai kesan artifak yang menyokong pihak pembela, seperti yang sepatutnya.
TL-12049 Dalam sesetengah keadaan, penilik di pasar memberikan tafsiran yang salah mengenai masa ketibaan yang diramalkan bagi penghantaran kedua dan ketiga sekiranya sumber tersebut datang daripada kampung yang berlainan puak.
TL-12066 Merobohkan tahap pasar tidak menyebabkan lagi jumlah saudagar yang sedia ada yang negatif.
TL-12095 Memilih sasaran dengan mengklik koordinat pada senarai kampung (ciri-ciri Plus) di pasar akan menghilangkan mesej ralat “sila pilih sasaran” dengan betul.
TL-12024 Pembinaan bengkel batu tidak berhenti apabila kampung tersebut tidak lagi sebuah ibu kota. Ianya diteruskan dan disiapkan tanpa apa-apa kesan. Ianya akan dihentikan dengan serta-merta mulai sekarang.
TL-11293 Artifak Durjana telah menipu semua orang. Apabila ia menyatakan bahawa ianya telah melambatkan latihan askar, ianya tidak benar-benar berlaku.
⏲️ Rollout plan (Downtime ~5 min)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
08.05 ~ 10:03 UTC+1 – Arabics2, Arabics16, Arabics34
11.05 ~ 10:03 UTC+1 – Europe, DE Wimpel, TR Alpler, FR France, Hispano Eternos, Balkans United, CZSK
11.05 ~ 12:03 UTC+1 – Asia
11.05 ~ 14:03 UTC+1 – Arabics°
11.05 ~ 15:03 UTC+1 – America
12.05 ~ 10:03 UTC+1 – International
°Tidak termasuk dunia permainan yang disenaraikan secara berasingan.