CHANGELOG – Keluaran 1279.1

Apa yang akan datang dalam kemas kini kami yang seterusnya? Ketahui dalam changelog keluaran 1279.1 kami! Jangan lupa baca sehingga tamat untuk menyimpan jadual keluaran dalam kalendar anda!

🆕 Apa yang baru:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

TL-9952 – Baru-baru ini, kami telah melaksanakan ciri-ciri tarik dan lepas untuk menyusun semula kampung di dalam senarai kampung pada sebelah kanan skrin. Kini susunan anda akan digunakan juga untuk permainan ini di tempat lain. Ini termasuk gambaran keseluruhan kampung, gambaran keseluruhan kesetiaan, dan juga menu juntai bawah bagi pemilihan kampung di dalam simulator tempur. Walau bagaimanapun, kampung-kampung anda akan kekal diisih mengikut populasi di dalam profil pemain.

TL-10016 – Kami telah menerima banyak maklum balas bahawa pengisihan kampung sangat mudah diubah secara tidak sengaja apabila bermain pada telefon bimbit. Jadi kami telah membuat perubahan yang berikut: Kini untuk membolehkan tarik dan lepas pada telefon bimbit, anda perlu mengetik kawasan tersebut terlebih dahulu untuk membolehkan anda mengeditnya. Selepas itu barulah anda boleh mengetik dan menarik kampung-kampung anda untuk mengisihnya.
TL-9951 – Isu lain yang berkaitan dengan pengisihan kampung adalah, kadang-kala pengganti tertukar susunan tersebut (secara sengaja ataupun tidak, tetapi tanpa kebenaran pemiliknya). Oleh itu, kami telah menyediakan ciri-ciri ini untuk pemilik akaun sahaja.
TL-8515 – Kami telah menghasilkan bar menatal tersuai yang menarik pada antara muka peta untuk menggantikan bar pelayar internet yang biasa. Teka gambar yang mana yang menunjukkan versi yang baru ini.
TL-9975 – Kami telah menambah lajur perikatan kepada kedudukan off/def pemain di dalam statistik, serta kepada kedudukan wira. Yang penting adalah usaha berkumpulan.

🆕 Ciri Tides of Conquest:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-10028 – Kami telah mempertingkatkan komunikasi dengan askar yang sedang dihantar. Kini Tempat Perhimpunan di kampung asal mereka bergerak akan memberikan maklumat mengenai pergerakan mereka (di bahagian “keluar”). Di kampung halaman mereka, mereka akan ditunjukkan di dalam bahagian baru “askar yang dihantar”, dan bukannya di bahagian “keluar”.

TL-9952 – Kampung di dalam profil pada tab mata kejayaan kini akan diisih mengikut mata kejayaan.

🛠️ Pembaikan pepijat:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-10026 – Kami telah menghentikan tradisi berpanjangan kita untuk meninggalkan makanan kepada mereka yang telah mati. Kini apabila ada askar terbunuh, disebabkan kampung mereka dimusnahkan, mereka akan berhenti menggunakan tanaman.

TL-9976 Kami telah membetulkan kekunci akses untuk bertukar di antara kampung yang seterusnya/sebelumnya dengan pantas. Tahukah anda kita ada ciri-ciri ini? Lihat artikel Answers kami mengenai kekunci akses.

Contohnya pada Chrome di Windows, tekan alt+shift+n dan anda akan dibawa ke kampung anda yang seterusnya.

⏲️ Rollout plan (Downtime ~5 min)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
11.10 ~10:03 UTC+1 – International31, International20, Tides of Conquest International x1

13.10 ~10:03 UTC+1 – International°
13.10 ~12:03 UTC+1 — DE, IT, FR, Lusobrasileiro, RU

14.10 ~10:03 UTC+1 — Nordics, Arabics°
14.10 ~12:03 UTC+1 — HU, Baltics, CZSK, NL, Balkans, Europe°

15.10 ~10:03 UTC+1 — TR, IL, New Year Special, Asia°
15.10 ~12:03 UTC+1 — Hispano, Anglosphere, America°
15.10 ~14:03 UTC+1 — COM, America3, Arabics2, Asia3, Europe3, International4

°Tidak termasuk dunia permainan yang disenaraikan secara berasingan.

+1
10
+1
6
+1
1