KEMASKINI PERMAINAN ~ Perubahan Keseimbangan Sistem Tugas Baru ~ 19 Julai 2021

Komuniti yang dihormati,

Berdasarkan maklum balas Duta Besar, kami akan mengubah Sistem Tugas Baru pada dunia permainan yang akan bermula selepas 19 Julai 2021.

Apa yang kita panggil “Sistem Tugas Baru” telah dirilis pada awal tahun ini dan sekarang digunakan pada semua 4.6 dunia permainan. Sejak pelaksanaannya, kami telah menganalisis secara dekat kesannya terhadap permainan dan kami telah membuat beberapa penyesuaian dalam beberapa bulan terakhir ini.

Setelah berbincang dengan Duta Besar, kami memutuskan bahawa terdapat perubahan perlu dibuat. Oleh itu, kami akan menurunkan pengalaman  yang diperolehi wira setelah menyelesaikan tugas.

Di dunia permainan bermula selepas 19 Julai 2021, ganjaran pengalaman untuk semua tugas akan menjadi sekitar 40% lebih rendah daripada sebelumnya. Sebagai contoh, jika ganjarannya dulu adalah 220 XP untuk tugas tertentu, ia akan menjadi 132 XP di dunia permainan baru untuk tugas yang sama pada tahap wira yang sama.

Kami harap perubahan ini akan memberi kesan positif pada permainan anda. Seperti biasa, terima kasih khas kepada anda dan Duta Besar atas maklum balas yang membina.

Pasukan Travian: Legends Anda

 
 
 
 
+1
9
+1
26
+1
1