CHANGELOG ~ KELUARAN POLARBEAR 1087.2

Apa yang akan datang dalam kemas kini kami yang seterusnya? Ketahui dalam log perubahan kami bagi keluaran Polarbear 1087.2. Jangan lupa baca sehingga tamat untuk menyimpan jadual keluaran dalam kalendar anda!

🆕 Ciri-ciri:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-8336 – Maklumat mengenai bonus sambutan Dewan Perbandaran kini dipaparkan di dalam laporan pertempuran.

TL-9104 – Apabila menggunakan pautan ke simulator peperangan di dalam laporan peninjau, permainan ini akan menyalin data daripada laporan tersebut ke simulator. Ini termasuklah maklumat mengenai bangunan.

TL-9378 – Untuk mengurangkan kekeliruan, tugasan di dalam sistem tugasan yang baru tidak akan terus bertukar apabila anda mengutip ganjaran tugasan. Penyusunan semula hanya akan terjadi apabila menyegarkan semula halaman tersebut atau menukar tab.

TL-8625 –  Kini anda boleh memilih/menyalin koordinat daripada senarai kampung.

TL-9086 – Semua kotak maklumat kini boleh dilipat. Apabila dilipat, hanya permulaan mesej yang pertama sahaja yang akan dipaparkan.

🛠️ Pembaikan pepijat:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-9118 – Satu titik perpuluhan yang tidak relevan telah dibuang daripada nilai bonus artifak di dalam gambaran keseluruhan sumber apabila artifak palsu mempunyai kesan kawalan diet yang negatif.

TL-9432 – Satu pepjiat telah diperbetulkan di mana mesej yang telah diarkib hilang apabila arkib dibuka.

TL-9399 – Apabila menukar sumber dengan NPC di Pasar, memilih nombor dan melepaskan butang tetikus di luar petak teks tidak lagi menutup tetingkap timbul.

TL-9422 –  Nama kampung yang panjang tidak lagi bertindih dengan elemen lain atau menyebabkan isu visual.

⏲️ Rollout plan (Downtime ~10 min)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
03.05 ~11:03 GMT+2 – DE1, FR1, Balkans6, International1

05.05 ~11:03 GMT+2 – FR, DE, Balkans, International except International30
05.05 ~13:03 GMT+2 — NL, IT, PL
05.05 ~15:03 GMT+2 — Lusobrasileiro, HU, RU

06.05 ~11:03 GMT+2 — RO, Arabics (local), Baltics, Europe
06.05 ~13:03 GMT+2 — Nordics, Asia
06.05 ~15:03 GMT+2 — All NYS gameworlds, Arabics (regionals)

07.05 ~11:03 GMT+2 — COM’s 1-10 & COMX, TR, IL
07.05 ~13:03 GMT+2 — Hispano, CZSK
07.05 ~15:03 GMT+2 — TSE gameworlds, Late summer gameworld, International30, Anglosphere, America

+1
0
+1
0
+1
0