Shores of War Pusingan Musim Panas: Pengiraan Pergerakan Kapal Baru

Musim sejuk telah melabuhkan tirainya dan Travian: Shores of War muncul semula. Daripada sekecil-kecil perkampungan nelayan sehinggalah bandar pelabuhan yang besar, semuanya membuat persediaan untuk konflik yang baharu ini. Dengan kemunculan wira dan perbalahan empayar, penunjuk jalan perlu mengatur jalan yang baharu, kerana lautan juga telah berubah keadaan, yang akan menentukan nasib mereka yang berani meredahnya.

Travian: Shores of War pusingan musim panas membawakan kita erti yang baharu bagi perjalanan menyusuri laut dalam di atas peta Eropah Kuno.

Ciri-ciri utama

Kapal boleh dihantar ke kedua-dua petak pelabuhan dan bukan pelabuhan.

Kapal perang dan kapal perang umpan bergerak dengan halaju statik sebanyak 12 petak sejam bagi dunia permainan dengan x1 kelajuan (24 bagi x2-x5, 48 bagi x10) melalui laut dalam. Kelajuan ini tidak boleh ditingkatkan. Askar bergerak pada kelajuan biasa mereka (termasuk semua bonus) sambil bergerak di atas darat.

Kapal dagang bergerak pada kelajuan statik sebanyak 20 petak sejam bagi dunia permainan dengan kelajuan x1 (atau bagi dunia permainan yang lain, didarabkan dengan kelajuan versi masing-masing) melalui laut dalam dan pada kelajuan saudagar di atas darat.

   Algoritma penjelajahan telah dipermudahkan. Masa menunggu telah dibuang.

Bagaimana penjelajahan yang baharu  berfungsi

Kapal-kapal akan pergi terus dari satu petak ke satu petak. Permainan ini akan mengira berapa banyak petak “biasa” dan petak “laut dalam” yang dilalui oleh kapal tersebut dalam perjalanannya dari titik A ke titik B dan mengenakan kelajuan yang berbeza berdasarkan nisbah petak biasa berbanding petak laut dalam.

  • Pergerakan laut dalam adalah statik pada 12 petak sejam  bagi dunia permainan dengan kelajuan x1 (24 bagi x2-x5, 48 bagi x10) dan tidak boleh ditingkatkan.
  • Pergerakan darat tidak berubah dan semasa di darat, semua bonus pergerakan (item wira, bonus puak, gelanggang latihan dan artifak) masih terpakai.
  • Perjalanan melalui laut dalam tidak dipengaruhi oleh item wira (iaitu kasut but, standard, dan lain-lain) kecuali peta.
  • Gelanggang Latihan hanya mempengaruhi pergerakan di atas darat. Ini bermaksud, askar perlu bergerak 20 petak di atas darat sebelum gelanggang latihan dibuka.

Mari kita lihat beberapa contoh sistem penjelajahan yang baharu.

Catatan: Bagi semua contoh, kami mengambil halaju darat sebanyak 3 petak per jam dan halaju laut dalam sebanyak 12 petak setiap jam.

Jarak: 1.4

Petak:

  • 2 di atas darat
  • 0 di atas laut dalam

Nisbah:

  • 100% darat
  • 0% laut dalam

Halaju:

  • 3 petak setiap jam
Jarak: 2.23

Petak:

  • 3 di atas darat
  • 1 di atas laut dalam

Nisbah:

  • 75% darat
  • 25% laut dalam

Halaju:

  • 5.25 petak setiap jam (3*0.75+12*0.25)
Jarak: 3.6

Petak:

  • 3 di atas darat
  • 3 di atas laut dalam

Nisbah:

  • 50% di atas darat
  • 50% di atas laut dalam

Halaju:

  • 7.5 petak setiap jam (3*0.5+12*0.5)

Semoga nasib baik menyebelahi mereka yang berani, dan semoga perjalanan kita dipenuhi dengan kejayaan, keakraban, dan semangat pengembaraan yang lama bertahan. Kembalilah pada 20 Mac dan dapatkan maklumat lanjut mengenai set ciri-ciri pusingan musim panas.

+1
7
+1
0
+1
2