🆕 Perubahan:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-12048 Pautan dalam permainan ke perkhidmatan Travian Answers kini telah digantikan dengan pautan ke Pangkalan Pengetahuan kami yang baru. Travian Answers kini tidak lagi mutakhir; sila lawati support.travian.com untuk mendapatkan penjelasan mengenai pelbagai mekanik permainan.
TL-11658 Pakar Misi bagi semua puak telah membuat janji temu dengan seorang jurugaya. Anda boleh melihat gaya baharu mereka di antara muka misi dan juga laporan pertempuran.
TL-12031 Butang “Batal” telah ditambah pada tetingkap timbul pasar untuk menjadikannya konsisten. Butang batal sentiasa berada di bahagian bawah sebelah kiri, dan butang pengesahan di bahagian bawah sebelah kanan.
TL-12060 Butang “Buat tawaran” telah dimatikan sekiranya tiada saudagar yang tersedia.
🛠️ Pembaikan pepijat:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-12012 Tetingkap timbul Hantar sumber: Apabila medan input bagi nama kampung dipilih, dan pemain mengklik di luar medan ini, medan ini akan diset semula dan nama kampung yang telah dimasukkan akan dikeluarkan. Ini tidak akan berlaku lagi.
TL-12001 Tetingkap timbul Hantar sumber: Di dalam versi pelayar telefon bimbit, menarik palang sumber tidak berfungsi dengan betul. Ini telah dibetulkan.
TL-12003 Jumlah sumber di pasar tidak dikemas kini dengan betul apabila saudagar sampai ke kampung tersebut (atau bersedia untuk membuat penghantaran ulangan). Ini telah dibetulkan.
TL-11246 Penunjuk tab kegemaran tidak disimpan dengan betul dalam halaman persekutuan.
TL-12122 Kami telah membetulkan kerosakan grafik yang memaparkan beberapa garisan mendatar di pelbagai bahagian dalam permainan apabila menggunakan Firefox dan dengan tahap zum yang tertentu dan/atau tetapan DPI sistem pengendalian.
TL-11789 Kadang kala, tukang besi akan berpura-pura dia tiada di rumah, dan bengkelnya tidak akan terbuka apabila diklik. Dua minggu di dalam kurungan bawah tanah boleh membetulkan isu ini.
TL-11692 Wira Perancis tidak lagi menyebut “X” apabila mereka sebenarnya ingin mengatakan “Y” di dalam petua alatan mereka.
TL-11791 Maklumat mengenai puak Natar memulakan pembinaan Keajaiban Dunia mereka di dalam petak maklumat akan diterjemahkan dengan betul mulai sekarang.
⏲️ Rollout plan (Downtime ~5 min)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
24.04 ~ 10:03 UTC+1 – Asia 1, Asia NYS x1, Asia GOS x2
26.04 ~ 10:03 UTC+1 – Asia°
26.04 ~ 12:03 UTC+1 – America
27.04 ~ 10:03 UTC+1 – Europe, DE Wimpel, TR Alpler, FR France, Hispano Eternos
27.04 ~ 12:03 UTC+1 – Arabics
28.04 ~ 10:03 UTC+1 – International
°Excluding the gameworlds listed separately.