Kualiti Hidup ~ Kerja Semula Laluan Dagangan

Laluan dagangan ada dalam permainan sejak lama dahulu, dan sejak itu menjadi salah satu ciri yang paling banyak digunakan oleh Kelab Emas

Hari ini kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ciri ini telah dirombak sepenuhnya berdasarkan cadangan komuniti dan bahan lain daripada Bengkel Duta khusus yang berlangsung pada tahun 2020.

Pada awal Oktober 2022 semua dunia permainan akan menerima kemas kini yang akan menyertakan kerja semula Laluan Dagangan.

Menguruskan laluan dagangan anda tidak pernah semudah ini!

Apakah fungsi baharu yang akan dibawa olehnya ke dalam permainan?

Lihat senarai perubahan, 🖱️klik pada tajuk🖱️ untuk melihat kemas kini yang akan datang lengkap dengan butirannya!

Rumah baharu – Tab berasingan!

Laluan dagangan berhijrah daripada tab “Pengurusan” kepada tab berasingan yang dibuat khusus untuk mengurus laluan dagangan anda.

Mengumpulkan dan menyusun laluan dagangan mengikut kampung sasaran

Anda kini boleh mengumpulkan laluan dagangan mengikut kampung sasaran, menyusun penghantaran mengikut masa dan juga melihat masa ketibaan setiap pedagang dengan tooltip.

Susun kampung yang dibekalkan mengikut jarak ke kampung semasa anda

Senarai Laluan Dagangan akan memaparkan kampung berdasarkan masa perjalanan pedagang.

Maklumat tentang bila laluan dagangan seterusnya bermula dan bilangan pedagang yang akan digunakan.

Anda kini akan melihat maklumat ini terus daripada tab Laluan Dagangan.

Pengaktifan kelompok, penyahaktifan dan penyuntingan Laluan Dagangan

Anda boleh mengaktifkan, menyahaktifkan dan mengedit semua atau sebilangan laluan dagangan tanpa melakukannya semula. Ciri ini berfungsi dengan cara yang sama seperti untuk senarai serbuan.

Memaparkan maklumat kapasiti muatan pedagang

Laluan dagangan kini akan memaparkan maklumat kapasti pedagang. Dengan cara ini anda boleh mengemas kini laluan dagangan anda dengan lebih baik dengan pengetahuan ini.

Laluan dagangan boleh dilipat

Laluan dagangan akan menjadi boleh dilipat untuk gambaran keseluruhan yang lebih baik dan memastikan tab Laluan Dagangan bersih dan kemas.

Ciri hantar sekali 

Ciri hantar sekali telah ditambahkan pada laluan dagangan, yang membolehkan anda menetapkan penghantaran yang cuma pergi sekali sahaja. Selepas pedagang kembali, laluan dagangan akan dinyahaktifkan secara automatik. Jika anda perlu menghantar laluan dagangan yang sama sekali lagi, anda boleh mengaktifkannya semula atau mengubahnya menjadi laluan dagangan biasa.

Menambah laluan dagangan yang dinyahaktifkan

Apabila merancang sistem laluan dagangan anda, mungkin berguna untuk merancang segala-galanya terlebih dahulu, dan hanya selepas itu aktifkan laluan dagangan dan biarkan pedagang anda melakukan tugas mereka. Kotak pilihan ini akan membolehkan anda membuat laluan dagangan anda dalam keadaan dinyahaktifkan.

+1
108
+1
19
+1
62