Sertai Spartan Marathon yang ketiga dan dapatkan ganjaran yang menarik untuk semua! Kali ini, kami sedang mencari askar yang sanggup menyebarkan berita mengenai Glory of Sparta di Twitter. Anda hanya perlu bersuara dan didengari, gaya Spartan! HA-OOH! Kali ini, sasaran capaian komuniti adalah untuk mencapai 150 tweet. Anda sudah bersedia? (Dalam erti kata lain: Anda sudah bersedia untuk menerima Emas tambahan? 😉) Bagaimana saya boleh mengambil bahagian? Pos tweet yang mengandungi sesuatu yang berkaitan dengan Travian: Glory of Sparta. Di sini anda boleh mendapatkan beberapa idea untuk pos anda: – Nasihat untuk pemain lain – Hasil seni yang berkaitan dengan permainan ini – Tangkapan skrin dalam permainan – Gambar profil wira – Ciri-ciri kegemaran anda dalam Travian: Glory of Sparta Untuk melayakkan diri, tweet anda perlu menyebut akaun Twitter kami @TRAVIAN_News. Ia juga mestilah mempunyai tanda pagar #GloryOfSparta and #TravianLegends. Hanya satu tweet bagi seorang pengguna akan diambil kira. Retweet dan mesej yang dianggap menyakitkan hati, atau spam, tidak akan diambil kira. Apakah hadiah yang ditawarkan untuk sasaran capaian komuniti ini? 20 Emas akan diberikan kepada semua akaun yang berdaftar di mana-mana dunia permainan Travian: Glory of Sparta pada masa dan tarikh hadiah tersebut diberikan. Kami akan memaklumkan kepada anda mengenai kemajuan keseluruhan anda! Jadi, teruskan tweet anda! Selepas mencapai 150 tweet yang layak, hadiah 20 Emas itu akan diberikan seawal yang mungkin. Sekiranya anda semua bersuara, anda akan mencapai sasaran ini sekelip mata! Jumpa anda di Twitter bagi Spartan Marathon yang ketiga! |
+1
146
+1
15
+1
38