CHANGELOG – Keluaran 1326.3

Gambaran keseluruhan:  Pembaikan pepijat selanjutnya bagi pengoptimuman telefon bimbit, peningkatan bagi sistem lelongan, dan pembaikan pepijat yang lain.

🆕 Perubahan:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-10138 – Kami telah menaik taraf sistem lelongan, yang akan mencegah lelongan yang berkaitan dipanjangkan tempohnya tanpa perubahan harga apabila had anti-fraud dicapai. Kami tahu betapa kecewanya anda sekiranya anda ingin membeli sesuatu item dan anda tidak boleh menawarkan harga anda untuk memenangi lelongan tersebut dengan adil. Kami sedang menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci, tetapi perubahan ini sepatutnya sudah membaiki situasi ini.

🛠️ Pembaikan pepijat:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-10157 – Ketua persekutuan biasanya tidak dimaklumkan apabila ada ahli yang didenda kerana melanggar peraturan permainan. Kini, mesej automatik akan dihantar bagi situasi sebegini. Baik-baik para penipu!

TL-10187 – Jumlah haiwan di semua oasis bagi jenis yang sama adalah sama pada permulaan permainan. Alam kita telah membuat keputusan untuk memastikan ianya berbeza di masa akan datang.

TL-9423 –  Kami sudah membetulkan perkara ini sekali sebelum ini, tetapi anda masih boleh membeli Kelab Emas dua kali. Ini tidak sepatutnya berlaku lagi, tetapi kami sarankan anda tidak menguji berapa banyak kali anda boleh menekan butang “Beli” sebelum pembelian diproses.

TL-10131 – Tetingkap timbul yang keluar yang menunjukkan naik taraf selesai, mungkin menunjukkan anda sudah menaik taraf unit anda ke tahap yang sama dua kali. Jangan risau, naik taraf telah berlaku dengan betul; ia hanyalah isu paparan.

TL-9543 – Pengoptimuman beta telefon bimbit: Zum besar atau kecil apabila tetingkap timbul (seperti NPC) terbuka dan kemudian meletakkan kursor anda pada medan teks di dalamnya akan menyebabkan tetingkap timbul tersebut tertutup.

TL-9825 – Versi telefon bimbit dengan resolusi rendah diaktifkan: Mod skrin penuh bagi peta tidak melitupi seluruh skrin dengan betul.

TL-9421 – Gambaran keseluruhan persekutuan: Hanya halaman pertama acara persekutuan boleh diakses.

TL-10192 – Komander pembina ombak yang pengkhianat terus berkhidmat dengan pemilik yang baru selepas sesebuah kampung ditakluk. Kami telah menegurnya, dan ini tidak akan berlaku lagi. Pemilik yang baru perlu mengaktifkan pembina ombak bagi kampung yang ditaklukinya secara berasingan sekiranya mereka mahu menggunakannya di sana.

⏲️ Rollout plan (Downtime ~10 min)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

25.11 ~10:03 UTC — International21, International6, International30

29.11 ~10:03 UTC — International*
29.11 ~12:03 UTC — RU, Nordics, CZSK, NL, Balkans

30.11 ~10:03 UTC — America*
30.11 ~12:03 UTC — Europe

01.12 ~10:03 UTC — TR, Asia*
01.12 ~12:03 UTC — Arabics, America3, Asia3, International4

02.12 ~10:03 UTC — Tournament Finals

°Tidak termasuk dunia permainan yang disenaraikan secara berasingan.

+1
27
+1
4
+1
2