CHANGELOG ~ Keluaran Polarbear 980

Apa yang akan datang dalam kemas kini kami yang seterusnya? Ketahui dalam log perubahan keluaran Polarbear 980 kami. Jangan lupa baca sehingga tamat untuk menyimpan jadual keluaran dalam kalendar anda!

🆕 Ciri-ciri:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

TL-8786 – Semua imej unit lama telah digantikan dengan versi yang telah dipertingkat. Imej-imej ini digunakan di berek, contohnya.

TL-8648 – Anda kini boleh menggunakan ciri-ciri “laporkan pemain” dua kali sehari (sebelum ini sekali sehari). Silalah laporkan pemain yang melanggar peraturan permainan.

TL-8643 – Arahan istimewa digunakan untuk menghantar mesej kepada lebih daripada seorang pemain di dalam perikatan ([ally], [off] dan [def]) ditunjukkan sebagai saranan penerima apabila menulis mesej di dalam permainan.

TL-8962 – Carta pai pengeluaran sumber di dalam statistik am menunjukkan nombor yang tepat di dalam petua alatan  (penukaran ini berdasarkan saranan pemain di dalam Diskord).

TL-8879 – Telah menambah satu pilihan untuk menyahaktifkan sasaran individu di dalam senarai serbuan apabila menyunting senarai tersebut.

TL-8784 – Menampal koordinat di dalam format x/y pada paksi x kini diterima dan akan mengisi kedua-dua koordinat x dan y pada peta dunia, titik perhimpunan (menghantar askar), senarai serbuan (menambah sasaran), dan pasar (menghantar sumber). Format x|y sudahpun disokong dan berfungsi dengan cara yang sama.

TL-9027 – Petua alatan Pembalut kini menunjukkan masa pemulihan minimum di dunia permainan bagi semua kelajuan. Lebih laju kelajuannya, lebih pendek masa pemulihan minimum.

TL-8928 – Laporan pertempuran akan menyatakan  apabila menyerang dengan lastik sekiranya tiada lagi bangunan yang tinggal (ini terjadi biasanya apabila satu-satunya bangunan di sesuatu kampung itu adalah dinding).

TL-8836 – Butang/pautan “Tinggalkan persekutuan ini” telah dibuang bagi penjaga.

🛠️ Pembaikan pepijat::
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

TL-8008 – Menanda pemain atau perikatan pada peta tidak memerlukan halaman disegarkan lagi.

TL-8540 – Bahasa RTL: telah membetulkan pemilihan kampung yang membawa kepada kampung yang salah pada telefon bimbit Chrome.

TL-9050 – Bar kesihatan wira kini dikemas kini apabila mereka dipulihkan selepas menaik tahap dengan mengutip ganjaran sistem tugasan baru.

TL-8977 – Nilai tanaman yang kosong kini dikemas kini dengan serta-merta apabila menambah/membuang bangunan dalam pembinaan.

TL-8440 – Anda kini tidak lagi boleh mencuri lebih banyak sumber daripada sumber yang disimpan oleh sebuah kampung, termasuklah tawaran perdagangan.

TL-8283 – Mengutip ganjaran tugasan harian tepat-tepat pada masa mengeset semula tidak dikira pada hari yang seterusnya lagi.

TL-8895 – Saiz latar belakang petua alatan kos sumber pada versi yang telah dioptimumkan untuk telefon bimbit telah diperbetulkan.

TL-9005 – Membaiki item wira bergerak dengan tarik dan lepasnya selepas mencetuskan mesej timbul.

TL-8165 – E-mel pengaktifan dan e-mel pengaktifan yang dihantar semula kini menggunakan nama dunia permainan yang sama.

TL-8538 – Telah memperbetulkan isu memajukan askar daripada oasis kepada kampung yang bersambung dengan oasis tersebut dengan menggunakan nama kampung sebagai sasaran.

TL-8992 – Isu dengan 2 kali pemberitahuan amaran selepas menggunakan perkataan yang dilarang kini telah diperbetulkan.

TL-9003 – Telah membetulkan tugasan kesetiaan yang tiada ganjaran.

TL-8966 – Kedai bayaran: Dialog pemilihan negara kini menggunakan dua lajur dan bukannya satu, apabila menyenaraikan lebih daripada lapan negara.

TL-9010 – Telah memperbetulkan tab mata budaya di dalam statistik kampung, kerana ianya mengeluarkan ralat yang tidak diketahui apabila terdapat sambutan dewan perbandaran yang menanti.

TL-9002 – Imej bangunan pada petua alatan pada halaman pembinaan bangunan baru tidak dipaparkan dalam bahasa Jerman lagi bagi semua bahasa permainan.

TL-8818 – Senarai serbuan: Tindakan yang sama bagi butang “sunting semua” dan “sunting yang terpilih”, status aktifkan/nyahaktifkan telah diperbetulkan apabila memindahkan entri ke senarai serbuan yang lain.

TL-8947 – Telah membetulkan penukaran carta pai yang rosak di statistik am – bahagian kedudukan sumber.

🛠️ Pembaikan pepijat New Year Special:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-9041 – Sistem tugasan yang baru: Tugasan yang melibatkan bangunan kini disusun dengan betul mengikut jumlah tahap bangunan yang tiada (daripada yang paling kecil). Tugasan yang memerlukan mata budaya, populasi, dan kesetiaan sentiasa akan ditunjukkan di atas.

🛠️ Pembaikan pepijat Shadow Empires:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-8368 – Kuasa purba tidak lagi boleh ditetapkan sebagai “dipanjangkan secara automatik” oleh pengganti tanpa hak untuk membeli atau menggunakan Emas.

⏲️ **Rollout plan (Downtime ~15 min)**
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

26.01 ~11:03 GMT+1 — PL, Balkans, FR
26.01 ~13:03 GMT+1 — DE, HU, RU
26.01 ~15:03 GMT+1 — IT, Arabics, Lusobrasileiro

27.01 ~11:03 GMT+1 — RO, IL, NL
27.01 ~13:03 GMT+1 — All New Year Special Servers, Asia, TR
27.01 ~15:03 GMT+1 — Baltics, COM worlds 1 to 10

28.01 ~11:03 GMT+1 — Hispano, ID
28.01 ~13:03 GMT+1 — CZSK, Nordics
28.01 ~15:03 GMT+1 — All Shadow Empires Servers, Late Summer Special, Mid Summer Special, Anglosphere

1.02 ~11:03 GMT+1 — Tournament Finals server

+1
0
+1
0
+1
0