Pembaikan :
TL-12820 Natar telah diberikan imej baharu, yang boleh dilihat di dalam laporan dan simulator peperangan.
TL-10929 Unit yang telah dihantar sebagai bantuan kepada oasis tetapi pusing kembali, kerana oasis tersebut telah ditakluk oleh pemain lain, akan menjana laporan mengenai kejadian tersebut.
TL-12606 Statistik am telah menerima imej baharu yang menarik di bahagian latar belakang pengepala.
TL-12912 Kami telah menukar warna pautan di dalam permainan ini supaya lebih mudah dibaca.
TL-12401 Hospital dan asclepeion akan memaparkan maklumat mengenai kesan tahap bangunan terhadap kelajuan pemulihan.
TL-12398 Apabila perempuh digunakan di dalam suatu serangan, tetapi tidak mampu untuk merosakkan dinding, laporan akan termasuk maklumat ini.
Pembaikan pepijat:
TL-12940 Kami dengar, tidak semua pemain suka membaca tetingkap timbul yang sama setiap hari, yang memaklumkan kepada mereka bahawa ya, sekarang kita masih di dalam musim sejuk. Kami tidak bermaksud sedemikian dan ianya tidak akan berlaku lagi. Ini adalah peluang terakhir untuk melihatnya:
TL-12692 Anda boleh menjalankan simulasi peperangan dengan lebih daripada 100 mata bagi kekuatan wira, walaupun ianya kelihatan seperti nombor tersebut ditetapkan secara automatik kepada 100 (kerana itu hadnya).
TL-12566 Tiada pemberitahuan mengenai ganjaran tugasan yang masih ada sekiranya semua tugas yang telah diselesaikan daripada tab am (yang mengandungi tugas bagi seluruh akaun, bukan daripada kampung yang tertentu).
TL-12918 Apabila tahap bangunan yang pertama dibina yang membenarkan unit diberikan latihan/pengeluaran/pemulihan, maklumat mengenai masa latihan bangunan semasa yang diberikan adalah tidak betul.
TL-12632 Gudang/jelapang menunjukkan kapasiti semasa yang tidak betul di dalam pandangan bangunan sekiranya terdapat gudang/jelapang lain pada tahap 0 yang sedang dinaik taraf ke tahap 1.
TL-12793 Anda tidak lagi dapat berkongsi laporan perikatan melalui mesej dalam permainan. Mesej tersebut akan memaparkan “laporan tidak dijumpai” ralat dan bukannya pautan yang betul. Ini telah dibetulkan.
TL-12917 Dialog pengesahan yang ditunjukkan apabila anda cuba menggunakan hasil seni di dalam tempoh menunggu tidak menunjukkan tarikh dan masa yang betul ianya boleh digunakan semula.
Schedule:
17.01 ~ 10:03 UTC – Asia 1, 4, 20
19.01 ~ 10:03 UTC – Asia
19.01 ~ 12:03 UTC – America
22.01 ~ 10:03 UTC – Arabics
22.01 ~ 12:03 UTC – Europe, TR Alpler, PT LusoBR, DE Wimpel, IT Eterni
23.01 ~ 10:03 UTC – International
24.01 ~ 10:03 UTC – Finals