New Year’s Special 2024 ~ Set Sorotan

🧭 Ciri-ciri Am New Year’s Special 2024 🧭
Peta 

Eropah Kuno dengan 87 wilayah. Artifak muncul dalam wilayah mereka selagi terdapat tempat yang sah untuknya muncul. Perjalanan merentasi penghujung peta tidak dibenarkan lagi. 

Syarat-syarat kemenangan
Perikatan yang pertama membina Keajaiban Dunia sehingga tahap 100 akan diumumkan sebagai pemenang era ini.
Puak-puak
Travian: New Year’s Special 2024 menampilkan 6 puak:

  • Orang Mesir
  • Orang Hun
  • Teuton
  • Gaul
  • Rom
  • Spartan
Tentera bergabung
Ya – tanpa had dengan sumber – Penggunaan Emas terhad kepada 50 Emas bagi setiap kampung. Maklumat lanjut didapati di sini.
Memajukan askar 
Ya. Butiran mengenai cara memajukan askar boleh didapati di sini.

Apabila anda memajukan askar daripada kampung pelabuhan dengan kapal yang tersedia ada, anda boleh memberikan bantuan pilihan kepada kapal anda agar mereka boleh bergerak lebih pantas. Ini hanya berfungsi jika anda memajukan bantuan dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Tidak kira sama ada askar tersebut milik anda atau pemain lain atau sama ada mereka berasal daripada pelabuhan atau kampung biasa. Selepas bantuan tiba di pelabuhan sasaran, kapal tersebut akan muncul semula di kampung pelabuhan asal dengan serta-merta. 

Permulaan lanjut

  • Kampung pertama anda akan bermula dengan semua lapangan sumber pada tahap 5.
  • Anda sudah ada enam peneroka dan CP yang cukup untuk menakluki dua kampung tambahan.
  • 15 penanam dan 9 penanam tidak boleh ditakluk sebagai kampung kedua dan ketiga.
  • Anda akan diberikan CP untuk menakluki dua kampung dan 75% daripada perbezaan CP yang diperlukan untuk menakluki kampung keempat (bar akan diisi 3/4 penuh).
  • Dua kampung pertama yang anda takluki secara automatik akan mempunyai semua lapangan sumber pada tahap 5 (kampung tambahan akan mempunyai lapangan sumber pada tahap 0 seperti biasa)
Tiada gabungan 
Travian: New Year’s Special 2024 adalah peperangan akhir di mana semua orang akan berperang untuk perikatan mereka sendiri sahaja. Perjanjian diplomatik adalah terhad kepada pakatan tanpa keganasan dan peperangan sahaja.
⚓ Pelabuhan dan penjelajahan baru ⚓
Pelabuhan
Anda boleh membina pelabuhan di perkampungan yang terletak di pesisiran pantai bersebelahan dengan “laut dalam.” Pelabuhan akan membenarkan anda menghantar kapal perdagangan dan kapal perang  ke pelabuhan lain. 
Penjelajahan 
  • Pergerakan melalui kapal hanya boleh dibuat antara pelabuhan.
  • Meninggalkan pelabuhan mengambil masa 20 minit untuk kelajuan x1, bagi kedua-dua kapal dagang dan kapal perang. Bagi kelajuan lain, ia dibahagikan dengan kelajuan dunia permainan, oleh itu untuk kelajuan x5 masa mendarat ialah 4 minit.
Kapal dagang
 
Kapal dagang memberikan kapasiti perdagangan tambahan kepada perkampungan pelabuhan anda. Mereka tidak memerlukan saudagar untuk memindahkan sumber dan tidak terhad kepada 20 unit askar sahaja.

Kapal dagang yang kelajuannya 12 petak sejam di dunia permainan pada kelajuan 1x untuk semua puak (dibahagikan dengan kelajuan dunia permainan untuk kelajuan dunia permainan lain) semasa bergerak di antara satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain.

Kapasiti asas kapal dagang untuk setiap puak adalah seperti berikut:

  • Gaul: 2,750 sumber
  • Teuton: 3,000 sumber
  • Orang Rom: 2,500 sumber
  • Orang Mesir: 2,500 sumber
  • Sparta: 2,750 sumber
  • Orang Hun: 3,000 sumber

Faktor kapasiti kelajuan, bonus perikatan dan bonus pejabat perdagangan adalah terpakai untuk kapal dagang.

Kapal perang dan kapal perang umpan
 
Kapal perang dan kapal perang umpan digunakan untuk menghantar tentera (serangan, serbuan, peneroka, dan bantuan) mengikut kelajuan statik 12 petak sejam di dunia permainan dengan kelajuan x1. Kapal perang boleh membawa jumlah unit askar tanpa had milik satu kampung. Kapal perang umpan adalah sama dengan kapal perang tetapi hanya boleh membawa sehingga 60 unit askar sahaja. Semua bonus pergerakan (item wira, gelanggang latihan dan artifak) juga terpakai terhadap pergerakan kapal.
Maklumat lanjut… Maklumat terperinci mengenai pelabuhan boleh didapati di sini:

🏆 Keajaiban Dunia, artifak, dan pelan pembinaan 🏆
Artifak
Artifak akan muncul di wilayah mereka selagi terdapat tempat yang sah untuknya. Jika tiada ruang yang tinggal, artifak mungkin muncul di wilayah yang berdekatan.

Setiap wilayah akan mengandungi satu artifak milik kawasan itu. Peta artifak boleh didapati di sini.

Keajaiban Dunia
13 Keajaiban Dunia akan tersedia dari permulaan permainan. Sesetengah Keajaiban Dunia adalah pelabuhan. Pembinaan bangunan Keajaiban Dunia hanya boleh dibuat dengan pelan pembinaan.
Pelan pembinaan
Pelan pembinaan dijangka akan muncul di sekitar koordinat yang tertentu.
Maklumat lanjut… Maklumat terperinci mengenai artifak, pelan pembinaan dan Keajaiban Dunia boleh didapati di sini:

🏠 Mengembangkan dan Membuka Penempatan 🏠
Mengembangkan Penempatan
Mengembangkan penempatan akan bermula dari bahagian tengah seperti dunia permainan biasa dan akan mengambil kira sukuan yang dipilih semasa pendaftaran. Lebih lambat anda mengembangkan penempatan anda, lebih jauh kampung anda akan muncul dari pusat peta.
Membuka kampung kedua (menukar puak) 
 
Anda boleh memilih puak untuk kampung kedua bagi pembukaan kampung anda yang pertama.

  • Kini pemain boleh memilih satu puak sekali sahaja dengan peneroka yang diberikan dengan permulaan lanjut.
  • Jika pemain menghantar kedua-dua set peneroka pada masa yang sama, mereka boleh memilih puak untuk kedua-dua set peneroka, tetapi hanya peneroka pertama yang mendarat akan mempunyai puak yang berbeza; yang lain akan menjadi puak asal akaun.
  • Penukaran puak hanya boleh dibuat untuk penempatan pertama yang berjaya daripada kampung awal anda. Pastikan peneroka anda dengan puak yang berbeza tiba dahulu di koordinat tersebut!
  • Sekiranya penerokaan tersebut berjaya, tetapi kemudiannya kampung tersebut dimusnahkan, ciri ini tidak boleh dihidupkan semula.
Membuka kampung lain
Apabila membuka kampung baru, kampung tersebut akan dimiliki oleh puak kampung peneroka tersebut.
Membuka penempatan menggunakan kapal
Anda hanya boleh menghantar peneroka anda menaiki kapal untuk meneroka kampung yang baru jika sasaran tersebut terletak di pesisiran pantai. 
Lokasi penerokaan
Seluruh peta akan dibuka untuk penerokaan dari permulaan.
🔱 Menakluki 🔱
Kampung
Apabila anda menakluki satu kampung yang dimiliki oleh akaun milik puak lain, puak bagi kampung tersebut akan kekal sama. Semua bangunan yang khusus bagi puak tersebut akan kekal, melainkan ianya dimusnahkan dalam peperangan. Puak akaun anda akan kekal sama seperti masa pendaftaran anda.
Natar
Apabila menakluki sebuah kampung Natar, kampung tersebut akan dimiliki oleh puak kampung penghulu.
Mengekalkan puak yang ditakluki
Keterangan penuh ciri-ciri ini boleh didapati di sini: Kekalkan puak selepas menakluki
🌊 Lain-lain 🌊
Membatalkan penghantaran
Saudagar dan penghantaran kapal dagang boleh dibatalkan dalam masa 60 saat yang pertama.
Pelabuhan di map.sql 
Status pelabuhan bagi sebuah kampung akan ditunjukkan di map.sql. Maklumat lanjut mengenai map.sql boleh didapati di sini.
Penerangan mengenai wilayah dan statistik
Penerangan mengenai wilayah telah dilaraskan supaya sesuai dengan set sorotan New Year’s Special.

Kami mengharapkan jadual ini akan membantu anda bermula dengan penuh teruja di dunia permainan New Year’s Special kami. Jumpa anda di medan perang!

📊 16,526 views
+1
69
+1
5
+1
12