Mutu Kehidupan ~ Fasa 3: Butang “Mulakan semua” dan senarai serbuan tinggal

Selamat kembali ke siri blog kemas kini “Mutu Kehidupan”! Hari ini, tiba masanya kami akan mengumumkan perubahan kelompok terakhir yang telah kami mula berusaha pada tahun 2022. Kami akan bermula dengan…

I. Satu butang untuk memulakan semuanya!

Salah satu ciri-ciri yang sangat dinantikan akan tiba di semua dunia permainan yang bermula selepas 1.11.2022!

Sebuah butang “Mulakan semua” yang baharu akan ditambah di atas semua senarai serbuan, yang akan membolehkan anda melancarkan semuanya dengan satu klik sahaja.

  • Proses penghantaran tersebut tidak akan berlaku dengan segera. Selepas mengklik butang “Mulakan semua”, permainan ini akan menghantar senarai serbuan daripada atas hingga ke bawah, satu per satu.
  • Pastikan anda menunggu di halaman senarai serbuan tersebut sehingga prosesnya selesai! Cara ciri-ciri ini berfungsi pada pihak pemain: sekiranya anda meninggalkan halaman ini semasa proses ini sedang berjalan, apa-apa senarai serbuan yang tinggal akan terlepas!
  • Pemain juga boleh menghentikan penghantaran senarai serbuan pada bila-bila masa tanpa meninggalkan halaman ini dengan mengklik butang “Batal”. Dalam kes ini, serbuan yang sudah dihantar akan tetap diteruskan, tetapi yang baharu tidak akan dilancarkan.
  • Sekiranya pemain tersebut mengklik butang “Mulakan semua” sekali lagi, proses ini akan berjalan dari awal. Jadi, lebih baik anda nyahaktifkan semua sasaran yang anda tidak mahu menyerbu terlebih dahulu!

II. Senarai serbuan tinggal

Membuat set senarai serbuan yang hebat memang mengambil masa yang banyak. Oleh itu, apabila seorang pemain kehilangan kampung serbuan disebabkan oleh pengosongan atau penaklukan, kadang kala kerugian tentera tersebut mempunyai impak yang kurang berbanding dengan kehilangan semua senarai serbuan yang telah dibuat di kampung tersebut.

Jadi, kami telah membuat keputusan untuk menangani isu ini dan melaksanakan senarai serbuan tinggal.

Apakah itu senarai serbuan tinggal?

  • Apabila seorang pemain kehilangan kampung yang mempunyai senarai serbuan yang ditugaskan, semua senarai serbuan tersebut akan dipindahkan ke kategori “Senarai serbuan tinggal”.
  • Pemain boleh memindahkan senarai serbuan ini ke kampung yang ada dan mengaktifkannya semula.
  • Kategori senarai serbuan tinggal secara lalai tidak boleh dilihat. Ianya hanya akan muncul sekiranya ia mengandungi sekurang-kurangnya satu senarai serbuan. Sebaik sahaja anda memindahkan semua senarai tersebut ke kampung yang ada, kategori ini akan hilang.
  • Senarai serbuan tinggal ini akan mengekalkan nama dan sasaran asal mereka. Tetapi tiada askar yang akan ditugaskan kepadanya, dan jarak ke kampung sasaran tidak akan ditunjukkan. Maklumat mengenai serbuan terakhir masih akan ditunjukkan.

III. Kebolehlihatan serangan senarai kampung (ciri Travian Plus)

Pada permulaan Glory of Sparta, kami telah memperkenalkan satu ciri baharu yang sangat disukai oleh komuniti kami.

Serangan ditandakan dengan titik hijau 🟢 di titik perhimpunan tidak akan ditunjukkan lagi sebagai pedang dalam senarai kampung.

Dalam keluaran yang akan datang, ciri ini juga akan menjadi sebahagian daripada semua dunia permainan yang biasa.

IV. Tab kegemaran di dalam kategori “Askar”

Pilihan untuk menandakan tab kegemaran telah ditambah kepada kategori “Askar” dalam gambaran keseluruhan kampung (ciri Travian Plus).

Bilakah perubahan yang diumumkan ini akan dilaksanakan?
  • Kebolehlihatan serangan dan pilihan untuk memilih tab kegemaran di dalam kategori “Askar” akan ditambahkan pada semua dunia permainan di dalam keluaran yang akan datang.
  • Butang “Hantar semua” dijangka akan muncul pada bulan Februari. Ciri di atas hanya akan diaktifkan di dunia permainan yang bermula selepas 1 Januari 2023.
  • Senarai serbuan tinggal akan ditambahkan dalam salah satu keluaran akan datang pada musim bunga bagi semua dunia permainan.
Adakah apa-apa perubahan “Mutu Kehidupan” lanjut pada masa akan datang?

Ya! Pada masa ini, kami sedang bekerja keras untuk mengeluarkan satu lagi perubahan Mutu Kehidupan yang dirancang terakhir: rombakan pasar, yang akan tersedia pada hujung tahun ini. Selepas itu, kami akan menentukan senarai perubahan Mutu Kehidupan yang seterusnya dan berkongsinya dengan anda sebaik sahaja ia tersedia. Jangan ke mana-mana.

 

 

📊 2,608 views
+1
32
+1
8
+1
5