CHANGELOG – Keluaran 1917

Gambaran keseluruhan: Butang “Hantar semua senarai serbuan”, skrin penyelenggaraan yang baharu, simulator peperangan untuk mensimulasi serangan mana-mana puak terhadap kedai bir, dan pelbagai pembaikan pepijat.

🆕 Mutu Kehidupan:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-11472 Sebuah butang “Mulakan semua” yang baharu akan ditambah di atas semua senarai serbuan, yang akan membolehkan anda melancarkan semuanya dengan satu klik sahaja. Dapatkan maklumat lanjut di sini.

🆕 Perubahan:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

TL-11684 Skrin penyelenggaraan/ralat telah diberikan reka bentuk yang baharu yang sepadan dengan tema permainan.

TL-1069 Pemain boleh mengubah nama akaun mereka kepada nama yang sama dengan huruf besar(contohnya tiger -> Tiger, TIGER, dan sebaliknya). Perubahan ini juga mengguna pakai peraturan sedia ada untuk menukar nama akaun.

TL-11739 Kini anda boleh memilih kesan kedai bir terhadap mana-mana puak di dalam simulator peperangan, bukan sahaja terhadap Teuton. Perubahan ini penting bagi dunia permainan dengan membolehkan ciri-ciri “kekalkan puak di kampung yang anda takluki.”

🛠️ Pembaikan pepijat:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

TL-11829 Menggunakan zon masa yang tertentu akan menjadikan permainan ini tidak dapat diakses. Isu ini telah dibetulkan.

TL-11830 Dalam keadaan yang tertentu, bersetuju dengan sesuatu hukuman selepas penggantungan akan menghasilkan mesej ralat “Error 500”, dan menyebabkan akaun ini tidak dapat berbuat apa-apa selepas itu. Ini juga telah diperbaiki dan pemain tersebut boleh terus bermain.

TL-11803 Semasa simulasi peperangan, pemerangkap telah memberikan maklumat yang salah mengenai askar yang terperangkap dan yang telah diselamatkan, dengan mencampurkan jumlah-jumlah ini. Mereka kini telah menghadiri kelas matematik dan berjanji ianya tidak akan terjadi lagi.

TL-11807 Dalam kes-kes yang tertentu, oasis yang berpenghuni tidak meningkatkan mata kesetiaan kepada pemilik mereka selepas serangan penaklukan. Isu ini telah dibetulkan.

TL-11683 Selepas serangan terhadap oasis berpenghuni, status wira masih menunjukkan “dalam perjalanan ke oasis” walaupun wira tersebut sudah dalam perjalanan balik. Kami telah memujuk wira supaya memberikan maklumat yang tepat mengenai lokasi sebenar mereka.

TL-11796 Menukar ibu kota dan membina semula kedai bir di ibu kota yang baharu ini semasa sambutan kedai bir telah menyebabkan isu logistik, dan tentera askar tidak menerima minuman mereka dan juga bonus mereka. Isu ini telah dibetulkan.

TL-11795 Memusnahkan kedai bir yang lama telah membuatkan para ketua sedih, dan mata kesetiaan mereka telah menurun walaupun sambutan sedang berjalan. Ini juga telah dibetulkan.

TL-11804 Sekiranya ketua persekutuan menghantar mesej pukal ke  [off] atau [def] tetapi tiada pemain yang mempunyai kepakaran terpilih, ianya akan menghasilkan mesej “mySQL error”. Kami telah menukar mesej ralat ini supaya lebih jelas sebab kami tidak dapat menghantar mesej tersebut.

TL-11797 Pemerangkap: Tidak semua perangkap dimusnahkan dalam serangan yang berjaya sekiranya askar yang terperangkap dibebaskan. Ini telah dibetulkan.

TL-11777 Membunuh haiwan tidak menyumbang kepada statistik 10 penyerbu teratas perikatan tersebut. Ini telah dibetulkan.

TL-11771 Maklumat bahawa dinding tidak dapat dimusnahkan disebabkan oleh kekurangan perempuh kini akan ditunjukkan di dalam laporan lagi.

TL-11438 Titik perhimpunan: Menghantar askar: Beberapa aksara di dalam nama kampung tidak ditunjukkan dengan betul apabila pemain mengedit serangan. Isu ini telah dibetulkan.

⏲️ Rollout plan (Downtime ~5 min)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

30.01 ~ 10:03 UTC+0 — Asia20, Asia7, Asia15

01.02 ~ 10:03 UTC+0 — Asia°
01.02 ~ 12:03 UTC+0 — International

02.02 ~ 10:03 UTC+0 — Arabics
02.02 ~ 12:03 UTC+0 — America

03.02 ~ 10:03 UTC+0 — Europe, IT, DE
03.02 ~ 12:03 UTC+0 — Finals

°°Tidak termasuk dunia permainan yang disenaraikan secara berasingan.

📊 4,627 views
+1
37
+1
9
+1
5