Perubahan Mutu Kehidupan ~ Fasa 2: Pelbagai Peningkatan

Selamat Datang ke Pengemaskinian Perubahan Mutu Kehidupan Fasa 2! Kami telah menerima banyak maklum balas positif selepas perubahan Fasa 1 kami (bagi mereka yang terlepas, boleh semak di pautan ini) dan ingin mengucapkan terima kasih kepada anda. Respons anda telah membantu kami mencapai lebih kemajuan lagi!

Kini tiba masanya untuk membentangkan kepada anda beberapa perubahan baru lagi yang akan dilancarkan dengan keluaran yang akan datang dan bertujuan untuk meningkatkan lagi pengalaman permainan anda! Anda sudah cuba bermain secara berasingan dengan pengganti anda dan pasangan anda? Anda sudah lihat tab “latihan askar” yang mengagumkan itu? Hebat, kan?

Apakah perubahan Mutu Kehidupan yang lain yang menanti anda di dalam kemas kini yang seterusnya ini?

📜 Kedudukan serangan perikatan kini hanya mengambil kira mata yang diterima di dalam pertempuran PvP, dan tidak mengambil kira PvE (bagi dunia permainan yang bermula selepas 1 Januari 2023)

Ini bermakna sekiranya ada pemain yang membunuh askar haiwan oasis tidak akan meningkatkan lagi kedudukan serangan perikatan. Sebaliknya, kedudukan tersebut akan menjumlahkan semua mata serangan PvP ahli perikatan itu sahaja. Seperti yang disebutkan sebelum ini, perubahan ini hanya akan tersedia di dunia permainan yang bermula selepas 1 Januari 2023.

📜Perubahan gambaran keseluruhan kampung – kumpulan baharu: sumber (ciri-ciri Travian Plus)

Tab “Gudang” telah digabungkan menjadi satu kategori: “Sumber“. Tab yang digabungkan ini akan tetap memaparkan sumber semasa bagi setiap kampung dan kapasiti gudang dan jelapang yang terisi. Tambahan pula, terdapat dua subtab baru: “Pengeluaran Setiap Jam” akan memaparkan pengeluaran setiap jam bagi setiap sumber di setiap kampung, dan “Kapasiti” akan menunjukkan kapasiti semasa gudang dan jelapang bagi setiap kampung.

📜Batalkan penyelidikan dan naik taraf bagi bengkel fabrikasi dan akademi

Dua butang baharu telah ditambahkan kepada bengkel fabrikasi dan akademi yang membolehkan pemain membetulkan kesilapan yang sering terjadi apabila mereka memulakan penyelidikan atau naik taraf ke atas unit yang mereka tidak mahu. 

  • Akademi: “Teruskan penyelidikan” dan “Batalkan penyelidikan”
  • Bengkel Fabrikasi: “Teruskan peningkatan” dan “Batalkan peningkatan”

Sekiranya anda memilih untuk membatalkan penyelidikan dan/atau peningkatan bengkel fabrikasi daripada tahap 0 ke tahap 1, sumber akan dipulangkan sepenuhnya. Bagi naik taraf bengkel fabrikasi yang lebih canggih, formula yang akan digunakan akan mengikuti formula bangunan yang biasa digunakan untuk pembatalan: Apabila anda membuat pembatalan, anda hanya akan menerima kos naik taraf yang sebelumnya.

📜 Teks petua alatan yang baharu bagi profil wira

Petua alatan potret telah dilaraskan untuk memberikan maklumat mengenai wira yang lebih baik secara terus daripada menu potret radial. Ini termasuk berapa banyak CP yang diperlukan untuk mencapai tahap yang seterusnya dan pergerakan pengembaraan wira dengan kira detik masa sambil kursor diletakkan di atas ikon kasut but. 

📜Tugas kampung telah menjadi lebih jelas

Tugas lapangan/ekonomi (contohnya “Semua kuari tanah liat” atau “Ekonomi lengkap”) kini memaparkan kemajuan tugas supaya ianya lebih jelas berapa banyak lagi lapangan yang masih perlu dinaik taraf untuk melengkapkan tugas tersebut dan mendapatkan ganjarannya.

📜 Pautan hantar saudagar telah dimatikan di pandangan peta kampung sekiranya pemain tersebut tidak menjadi ahli di gabungan yang sama

Ini telah dilakukan untuk mengelakkan klik yang tidak sengaja dan kesilapan semasa mencari di peta.

📊 1,945 views
+1
17
+1
0
+1
5