Spartan Marathon ~ Bina seperti seorang Spartan!

“Seorang Spartan mempunyai kekuatan yang sama dengan mana-mana lelaki apabila mereka berlawan sebagai seorang individu;

tetapi sekiranya mereka bergabung, kekuatan mereka tiada tandingan.” — Demaratus, Raja Sparta

Selamat datang ke cabaran komuniti dalam permainan di mana anda hanya boleh menang dengan bekerjasama dengan orang lain! Capai Sasaran Capaian Komuniti*, dengan berperang bersama-sama dengan perikatan anda dan membina seperti seorang Spartan!

Buka perkampungan dan menangi hadiah bagi seluruh komuniti Travian: Glory of Sparta!

Bagaimana:
  • Acara ini bermula pada 5 September dan berakhir sehingga anda berjaya mencapai sasaran ini.
  • Untuk mendapat hadiah yang pertama, anda perlu membuka 7,500 perkampungan, sebagai satu komuniti, di semua dunia permainan Travian: Glory of Sparta yang bermula pada bulan September.
  • Acara ini hanya akan mengira perkampungan yang telah dibuka. Perkampungan Spartan akan dikira dua kali. Kampung kecil, kampung yang ditakluk dari Natar atau pemain lain tidak dikira.
  • Selepas sasaran pertama telah dicapai, sasaran seterusnya akan diumumkan.
  • Secara keseluruhan, akan ada 3 sasaran dalam permainan (membuka perkampungan) dan beberapa acara di dalam permainan.
Hadiahnya:
  • Sasaran pertama: 30 sangkar akan ditambahkan pada semua inventori wira di dunia permainan Travian: Glory of Sparta.
  • Hadiah kedua dan ketiga akan diumumkan selepas sasaran yang sebelumnya tercapai.
  • Hadiah bagi mana-mana sasaran yang berjaya dicapai akan diberikan paling awal pada hari Jumaat, 16 September 1:00 PM (UTC+1) kepada semua akaun Travian: Glory of Sparta yang berdaftar pada tarikh tersebut.
  • Sekiranya ada mana-mana sasaran dicapai selepas tarikh di atas, hadiahnya akan diberikan dalam masa 3 hari bekerja selepas sasaran itu tercapai.

Cepat dapatkan hadiah yang ditawarkan seawal yang boleh supaya anda boleh memecut dalam permainan anda! Anda boleh capai semua sasaran sebelum penghujung September?

Kongsikan pencapaian anda di saluran yang dikhususkan dan ikuti kami di blog kami.


Apakah itu Matlamat Capaian Komuniti?

Matlamat Capaian Komuniti adalah, secara ringkasnya, matlamat bertakrif yang hanya boleh dicapai sekiranya seluruh komuniti menyertainya. Matlamatnya mungkin datang dalam bermacam-macam jenis, daripada mencapai jumlah tontonan yang tertentu bagi sesuatu hantaran dalam jangka masa yang tertentu, menuai jumlah sumber yang tertentu, dan lain-lain. Perkara yang unik mengenainya adalah jumlah yang anda memerlukan biasanya terlalu tinggi untuk dicapai oleh seorang diri. Ini bermaksud, semua orang di dalam komuniti tersebut perlu menyertainya dan menyumbang usaha mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Ini juga bermaksud bahawa semua orang di dalam komuniti tersebut (tanpa mengira berapa banyak mereka menyumbang) akan menerima ganjaran yang lumayan sebaik sahaja sasaran itu dicapai.

📊 10,484 views
+1
54
+1
13
+1
16