Menjadi Pencipta Kandungan!

Dalam usaha kami yang berterusan untuk membangunkan komuniti yang dibina sendiri oleh ahlinya, kami akan memberikan nafas baru kepada peranan Pencipta Kandungan bagi blog Travian: Legends rasmi kami. 

Mungkin anda ingin mengarang analisis pelayan yang terperinci 📈 atau membantu orang lain dengan ✍️ menerbitkan tutorial atau 📽️ bimbingan video. Anda juga mungkin mahu 🎤 menemuduga ketua perikatan dan ahli perikatan, atau cuma ✒️ mengarang kisah anda sebagai pemain Travian: Legends. Jenis kandungan ini adalah penting buat kami, dan kami mahu merekodkan semuanya untuk ditunjukkan kepada semua orang! 

Jika anda nampak diri anda dalam penerangan di atas dan ingin menyumbang secara giat kepada komuniti dengan kandungan yang berkaitan Travian: Legends dalam bentuk bimbingan, analisis dunia permainan, peminat seni, peminat fiksyen, temu duga dan kisah pertempuran, sila pertimbangkan untuk menyertai blog kita sebagai Pencipta Kandungan! 

Cara untuk Menjadi Pencipta Kandungan 

  • Anda boleh mohon di sini untuk mendaftarkan minat anda dan berkongsi contoh jenis kandungan yang ingin anda hasilkan. 
  • Setelah permohonan anda diproses, anda akan diberikan satu peranan yang unik dan akses ke blog Travian: Legends rasmi kami. 
  • Pengurus Komuniti anda akan memberikan anda panduan mudah untuk mencipta pos blog anda sendiri. Terdapat beberapa garis panduan tambahan yang perlu diikuti dari segi susun atur, format dan imej yang disebabkan oleh polisi jenama dan sekatan hak cipta. 
  • Pos tersebut kemudiannya akan disemak semula untuk memastikan ianya mengikuti garis panduan kami, dan sekiranya tiada perubahan, ianya akan diterbitkan tidak lama kemudian! 

Garis panduan kandungan 

  • Kandungan asal dalam bentuk bimbingan, analisis dunia permainan, peminat seni, peminat fiksyen, temu duga dan kisah pertempuran. Serlahkan kreativiti anda! 
  • Pendapat peribadi dialu-alukan dan dihargai, tetapi kandungan yang termasuk ancaman, pertuturan benci, merendah-rendahkan dan bahan lain yang seumpamanya tidak akan diterbitkan. 

Faedah-faedah 

  • Peranan khusu di Diskord. 
  • Saluran Diskord yang khusus di mana anda boleh berkongsi kandungan anda dan memulakan tajuk perbualan untuk perbincangan pemain. 
  • Naik tahap dengan cepat di Diskord; semua artikel yang sesuai yang diterbitkan akan diberikan ganjaran 500 XP. 
  • Akses ke kit media Pencipta Kandungan. 

Jika anda tidak mahu menjadi Pencipta Kandungan tetapi masih ada kisah yang ingin anda kongsikan, maklumkan kepada Pengurus Komuniti anda dengan menghubungi mereka di Diskord. Anda boleh mendapatkan senarai ahli pasukan di saluran #🤝│meet-the-team. Mereka akan memuat naik kisah anda bagi pihak anda dan memastikan nama anda dipaparkan sebagai penulis. 

+1
7
+1
4
+1
0