Perubahan pengimbangan permainan akan tiba tidak lama lagi!

Tahun 2021 berakhir dengan pengemaskinian Quality of Life, yang menumpu pada meningkatkan kemudahan kepada anda dalam bermain. Jadi persoalannya sekarang: Bagaimanakah kita akan memulakan tahun 2022?

Jawapannya mudah sahaja. Kami akan memulakan tahun ini dengan perubahan pengimbangan yang bertujuan untuk menyelesaikan beberapa maklum balas yang kami terima melalui tinjauan dan platform komunikasi.

Perubahan yang berikut hanya akan dikenakan terhadap dunia permainan yang baru bermula dari 1 Januari 2022.

Penghapusan mekanik bonus semangat

Mekanik bonus semangat akan dihapuskan daripada peperangan. Ini bermaksud bahawa perbezaan populasi antara pertahanan dan penyerang tidak lagi mempengaruhi kekuatan peperangan anda, termasuk lastik dan perempuh, serta kerosakan kesetiaan. Ini juga terpakai untuk serangan melawan Natar dan oasis.

Sila ambil maklum bahawa tahap bangunan akan tetap dikurangkan apabila menakluki kampung pemain yang lebih kecil. Sebaliknya, tahap bangunan tidak akan dikurangkan apabila menakluki kampung Natar.

Perubahan terhadap sistem tugasan untuk kampung kecil

Kami mendengar maklum balas anda dan telah membuat keputusan untuk mengubah beberapa perkara pada sistem tugasan kampung kecil.

  1. Menaik taraf penduduk di kampung kecil akan memberikan ganjaran pada tahap 10 sekarang, dan bukannya tahap 12.
  2. Untuk memberikan panduan kepada pemain dengan lebih efektif, kami telah menambah tugasan dan ganjaran untuk meraikan parti di kampung kecil.

Keseimbangan puak

Kami sedang mengubah puak Mesir, Hun, dan Gaul dengan beberapa peningkatan yang hebat. Ini adalah topik yang agak kompleks, dan komuniti kita mempunyai pendapat yang berbelah bagi. Atas sebab ini, kami lebih suka mengambil pendekatan yang konservatif dengan membuat perubahan kecil sahaja dahulu.

Puak Nilai Nilai lama Nilai baru
[NERF] Puak Mesir Penjaga Abu – masa latihan 22 minit 23 minit
[NERF] Puak Mesir Dinding Batu – Ketahanan perempuh 5 4
[NERF] Puak Hun Ahli Tembak – kekuatan serangan 115 110
[NERF] Puak Hun Ahli Tembak – kelajuan 16 lapangan sejam 15 lapangan sejam
[BUFF] Puak Gaul Penunggang Halilintar – kekuatan serangan 90 100

Pengurangan sumber askar haiwan

Selepas perubahan dilakukan terhadap awal permainan pada bulan Mac, kami telah menerima banyak maklum balas bahawa pengurangan sumber askar haiwan di oasis terlalu tinggi.

Kami telah melakukan pembaikan kecil yang mungkin menjadikannya lebih baik. Harta rampasan askar haiwan telah dikurangkan daripada 50 bagi setiap jenis sumber bagi setiap bekalan unit kepada 40.

Laluan perdagangan ke kampung artifak asing

Mekanik laluan dagangan akan ditukarkan untuk mengelakkan beberapa situasi yang mungkin disalahgunakan.

Alatan penghasilan laluan perdagangan ke kampung artifak asing akan mematikan sumber kayu, tanah liat, dan besi apabila sasaran yang dipilih adalah kampung yang tidak dimiliki oleh akaun tersebut dan bukan kampung Keajaiban Dunia.

Had ini tidak terpakai sekiranya rancangan bangunan diwujudkan. Sebaik sahaja rancangan bangunan telah dibuat, pemain boleh menetapkan semula laluan perdagangan ke kampung artifak dengan semua jenis sumber.

Perubahan ini bertujuan untuk memberikan keseimbangan yang lebih baik di antara pemain dan puak. Pasukan Reka Bentuk Permainan akan terus menumpu kepada pengimbangan permainan sebaik sahaja data yang mencukupi dapat dikumpulkan selepas perubahan-perubahan baru ini dijalankan.

Pasukan Travian: Legends anda

📊 12,185 views
+1
86
+1
140
+1
13