Changelog ~ Release Polarbear 1152.4

🆕 Ciri-ciri:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-9594 Menakluk kampung anda sendiri tidak lagi mempengaruhi tugasan dan ganjaran kampung tersebut.
TL-8845 Hukuman penggantungan mengedit mesej/profil juga dikenakan semasa dikendalikan oleh pengganti.
TL-9486 Pautan forum telah digantikan dengan pautan Discord sepanjang permainan.
TL-9095 Ikon puak kini dipaparkan di dalam statistik

🛠️ Pembaikan pepijat:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TL-9577 Satu pepijat telah dibetulkan yang telah membenarkan Natar menaik taraf tembok.
TL-8924 Titik berwarna kelabu/pautan ikon unit telah dibetulkan di dalam Gambaran Keseluruhan Kampung > Askar > Bengkel Fabrikasi. Pautan ini membawa kepada Bengkel Fabrikasi di kampung tersebut, sekiranya ada.
TL-9531 Satu isu dengan nama kampung yang mempunyai aksara “&” telah dibetulkan.
TL-9604 Versi telefon bimbit: Bar sisi kini dapat dilipat dengan betul apabila pautan koordinat digunakan.
TL-9438 “Jumlah kerugian” di dalam simulator peperangan kini akan mengeluarkan unit yang cedera juga, bukan sahaja unit yang terbunuh.
TL-9157 Satu isu telah dibetulkan yang menyebabkan bar sisi sebelah kiri tertutup apabila menyentuh ikon padamkan pada petak maklumat.
TL-9402 Satu isu berkaitan dengan kedudukan 10 pemanjat teratas telah dibetulkan; yang relevan terutamanya sekiranya terdapat ramai pemain baru yang bermula di dalam minggu yang sama. Bayangkan terdapat dua orang pemain yang mendaftar pada minggu yang sama dan mereka menamatkan minggu tersebut dengan populasi yang sama. Pemain yang mendaftar lebih lambat akan mendapat kedudukan yang lebih tinggi di dalam kedudukan 10 pemanjat yang teratas kerana mereka dapat mencapai populasi yang sama dalam tempoh yang lebih singkat.
TL-9376 Statistik mata budaya tidak memasukkan item wira sekiranya kampung halaman wira tersebut berada di dalam zon kelabu. Ini telah dibetulkan. Pengeluaran sebenar tidak terkesan.
TL-9489 Kerugian askar pembela kini disembunyikan dengan betul di dalam laporan pertempuran yang ditunjukkan kepada penyerang apabila kerugian askar pembela lebih rendah daripada 25%.
TL-9533 Satu pepjiat telah dibetulkan yang menyebabkan mesej pemberitahuan “tawaran sekali sahaja” dan tetingkap timbul penunjuk kedai muncul sekejap sahaja.
TL-9026 Satu isu telah dibetulkan di mana pemain yang keluar dari perikatan dan unit sokongan dari gabungan dikembalikan dengan serta-merta, tanpa peruntukan masa 12 jam.

⏲️ Rollout plan (Downtime ~30 min)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

29.06 ~11:03 GMT+2 — RO4, PL2, FR1

1.07 ~11:03 GMT+2 — RO, PL, FR
1.07 ~13:03 GMT+2 — DE, Balkans, NL
1.07 ~15:03 GMT+2 — IT, Lusobrasileiro

2.07 ~11:03 GMT+2 — Nordics, Asia (local), RU
2.07 ~13:03 GMT+2 — Arabics (local), Baltics, Europe°
2.07 ~15:03 GMT+2 — HU, Asia (region)°, NYS

6.07 ~11:03 GMT+2 — TR, IL, CZSK, Arabics (region)°
6.07 ~13:03 GMT+2 — Hispano, Anglosphere, America°
6.07 ~15:03 GMT+2 — COM, International, America2, America30, Arabics2, Asia3, Asia50, Europe3

7.07 ~11:03 GMT+2 – Tournament servers

*tidak termasuk dunia permainan yang disenaraikan secara berasingan

📊 15,736 views
+1
42
+1
14
+1
9